Utusan Borneo (Sarawak)

SKUAD JANG BS RANGKUL PIALA TKM1

Tumpaskan pasukan Saribas United dengan jaringan 2-0 pada perlawanan akhir di Betong kelmarin

- Oleh Saleman Senin

BETONG: Jang BS ternyata terlalu hebat untuk ditandingi Saribas United apabila memenangi perlawanan akhir dengan jaringan 2-0 sekali gus menjulang Piala Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) di Kompleks Sukan Betong dekat sini, petang kelmarin.

Jaringan Nazreen Ismail dan Amir Amri Salleh sudah cukup memberi kemenangan buat mereka menjulang piala yang menjadi idaman setiap pasukan yang menyertai pertanding­an berkenaan.

Dua piala kejuaraan yang dimenangi dalam satu kejohanan iaitu Piala Liga Betong 2018 dan Piala TKM1 2018 membuktika­n mereka cukup bersedia untuk menghadapi lawan.

Lebih manis skuad yang dibarisi tonggak Piala Belia dan Piala Presiden Sarawak itu merangkul semua anugerah yang tersenarai di mana Anugerah Pemain Terbaik Final 2018 telah diberikan kepada Mac Anja Galau.

Anugerah Penjaring Terbanyak 2018 dinobatkan kepada Alby Mustaffa Alba manakala Anugerah Pemain Harapan(Bawah 19 Tahun) 2018 diterima Mohd Badrul Hisyam Mohammad Hussien.

Dengan kejuaraan tersebut juga, Jang BS berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi pusingan, piala iringan dan pingat.

Manakala Saribas United yang ditewaskan menjadi naib juara dengan membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta piala dan pingat.

Kedua-dua pasukan yang tewas pada separuh akhir iaitu PPMB FT dan Bersepai FC di kedudukan tempat ketiga bersama dan masing-masing menerima wang tunai RM1,500 berserta piala dan pingat.

Untuk anugerah pemain, penerima masing- masing turut menerima wang tunai RM100 berserta piala.

Perlawanan akhir tersebut disempurna­kan Residen Bahagian Betong Friday Belik yang melakukan sepak mula perlawanan dan menyempurn­akan penyampaia­n hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Betong (BDFA) Nelson Kloni Kanang, Timbalan Presiden BDFA Abang Soehardi Abang Zaini dan exco BDFA.

Legenda bola sepak Sarawak Awang Mahyan Awang Mohamad turut hadir menyaksika­n perlawanan tersebut.

 ??  ??
 ??  ?? KAMI JUARA: Jang BS meraikan kemenangan mereka seusai majlis penyampaia­n hadiah kelmarin.
KAMI JUARA: Jang BS meraikan kemenangan mereka seusai majlis penyampaia­n hadiah kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia