Utusan Borneo (Sarawak)

SUSPEK GODAM TABLET JPP PKR DITAHAN

-

SIBU: Seorang petugas Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan di Lapangan Terbang Sibu (LTS) semalam selepas dipercayai terlibat dalam kes menggodam tablet di pusat pemilihan PKR Cabang Julau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, pegawai teknologi maklumat dan sistem berusia 44 tahun itu ditangkap sekitar jam 9.45 pagi susulan satu laporan polis yang dibuat Exco kerajaan negeri Selangor Rodziah Ismail kelmarin.

Katanya, polis turut merampas seunit komputer riba, seunit iPad, dua iPhone dan lima pemacu pena.

“Suspek kini sedang disiasat di Sibu. Sekiranya siasatan dapat diselesaik­an terhadapny­a, dia akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Sekiranya siasatan tidak dapat diselesaik­an dalam tempoh 24 jam, permohonan reman di bawah 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dibuat,” ujarnya dalam satu kenyataan dikeluarka­n semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang kelmarin di Kompleks Sukan Julau, Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga melihat salah seorang petugas JPP (suspek) sedang memeriksa tablet satu persatu.

“Pengadu dimaklumka­n bahawa Sistem E-Voting telah digodam malware Prey.

“Pengadu mengesyaki petugas tersebut dan meminta siasatan dijalankan polis untuk mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat,” katanya.

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 iaitu pengubahsu­aian tanpa kuasa kandungan komputer.

Jika disabitkan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(4) akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Pengerusi JPP Datuk Rashid Din menerusi kenyataan medianya yang dikeluarka­n pada jam 5.45 petang 10 November memberitah­u, JPP PKR menggantun­g keputusan pemilihan di PKR Cabang Julau sehingga pemulihan tablet dan penyatuan data habis diproses.

Katanya, dimaklumka­n Unit Sistem & IT JPP pada jam 2 petang kelmarin telah dapat mengesan sistem e-undi di Pusat Pemilihan di Julau gagal berfungsi seperti biasa.

“Semasa melakukan pemeriksaa­n, didapati 10 unit tablet eundi yang digunakan pada waktu itu telah dicerobohi perisian ‘Prey Anti-Theft’.

“Laporan dihantar bagi mendapatka­n maklum balas Pasukan Keselamata­n Siber JPP di Petaling Jaya.

“Maklumat yang diterima menyebut bahawa perisian ini digunakan untuk memadam aplikasi e-undi dalam tablet, mencuri data, mengubah kata laluan dan mengawal tablet menggunaka­n komputer dari jarak jauh.

“Unit Sistem & IT JPP mengambil beberapa langkah segera bagi mengatasi masalah ini dengan menukar mod undian kepada luar talian, mematikan kelebihan ‘ Device Administra­tor’ dan memansuhka­n aplikasi ‘ Prey Anti- Theft’ dengan menggunaka­n ‘Applicatio­n Manager’,” katanya.

Tambahnya, disebabkan situasi ini, JPP menggantun­g keputusan bagi Cabang Julau sehingga pemulihan tablet dan penyatuan data habis diproses.

“JPP juga sedang menyiasat sama ada serangan siber seperti ini juga berlaku di tempat lain yang turut mengadakan pemilihan pada hari ini.

“Siasatan awal mendapati aplikasi tersebut telah dipasang secara fizikal pada tablet rasmi JPP yang diperuntuk­kan bagi Cabang Julau pada tarikh 10 November 2018 (Sabtu) sekitar jam 4 pagi,” katanya pada kenyataan media tersebut.

 ??  ?? DISYAKI: Suspek ditahan di Lapangan Terbang Sibu selepas dipercayai terlibat dalam kes menggodam tablet di pusat pemilihan PKR Cabang Julau.
DISYAKI: Suspek ditahan di Lapangan Terbang Sibu selepas dipercayai terlibat dalam kes menggodam tablet di pusat pemilihan PKR Cabang Julau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia