Utusan Borneo (Sarawak)

Galak anak kuasai STEM

Ibu bapa perlu beri dorongan dan nasihat kepada anak-anak untuk mempelajar­i bidang berasaskan teknologi

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Ibu bapa perlu memberi dorongan, bimbingan dan nasihat kepada anak-anak untuk menguasai bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata perkembang­an luas teknologi masa kini menuntut kita mempelajar­i disiplin baharu yang menekankan teknologi selain pengajian sastera.

Malah katanya, pasaran kerja pada masa ini turut berkehenda­kkan penekanan dalam bidang STEM selain seni dan sastera.

Sebab itu katanya, kita perlu memberi bimbingan dan nasihat kepada anak cucu kita supaya mereka dapat menyesuaik­an diri dengan disiplin-disiplin baharu ini.

“Sebagai ibu bapa kita hendaklah sama-sama memberi dorongan kepada anakanak kita dalam bidang baharu ini.

“Kita tahu anak-anak kita berkeboleh­an jika diberi peluang dan kita hendaklah sentiasa memberi dorongan kepada anak-anak yang masih menuntut akan pentingnya pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Silaturahi­m Old Star 2018 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak di sini malam kelmarin.

Hadir sama isteri beliau, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang serta Presiden Old Star atau Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Datuk Dr Malike Mahli.

Tambah Abang Johari, bagi memastikan anak-anak pelajar Sarawak menguasai bidang STEM ini, mereka perlu diberi asas yang kukuh bermula dari peringkat awal prasekolah lagi.

Negara Singapura dan Finland katanya, menekankan kualiti prasekolah dengan memberi penekanan dari sudut kefahaman mata pelajaran penting iaitu Matematik dan Sains serta Bahasa Inggeris.

Sayangnya, banyak prasekolah yang berkualiti dimiliki pihak swasta dengan yuran yang tinggi dan hanya mereka yang berkemampu­an sahaja dapat menghantar anakanak mereka ke prasekolah berkualiti ini.

“Oleh sebab itu saya hendak ubah sedikit dasar di mana Kerajaan Sarawak akan menyediaka­n prasekolah berkualiti untuk anak-anak kita.

“Kita boleh biayainya su- paya anak-anak kita termasuk di luar bandar dan bandar mempunyai prasekolah yang berkualiti,” katanya.

Tambah Abang Johari, memang kita sekarang sudah ada KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) tetapi KEMAS pada pandangan beliau ibarat hidup segan mati tidak mahu.

Sebab itu katanya, beliau mengambil keputusan untuk Sarawak mengambil alih prasekolah untuk anak-anak di negeri ini.

“Sebab itu saya kenakan cukai jualan ke atas produk petroleum yang akan memberi perolehan RM3.85 bilion tambahan kepadas pendapatan negeri.

“Dengan meningkatk­an pendapatan ini maka kita dapat mengambil bahagian untuk memberi satu pembanguna­n yang holistik kepada rakyat negeri ini termasuk dalam bidang persekolah­an,” katanya.

Sebagai ibu bapa kita hendaklah samasama memberi dorongan kepada anakanak kita dalam bidang baharu ini. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? DIHARGAI: Abang Johari menyampaik­an hadiah penghargaa­n kepada mantan Presiden Old Star Salmah Ibrahim (kanan) atas sumbangan kepada persatuan selama 21 tahun. Turut kelihatan Juma’ani (dua kanan), Malike (tiga kiri) serta yang lain.
DIHARGAI: Abang Johari menyampaik­an hadiah penghargaa­n kepada mantan Presiden Old Star Salmah Ibrahim (kanan) atas sumbangan kepada persatuan selama 21 tahun. Turut kelihatan Juma’ani (dua kanan), Malike (tiga kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia