Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan hentikan Skim Saraan Nelayan keterlalua­n, tidak munasabah: Dr Hazland

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Hipni menyifatka­n keputusan kerajaan persekutua­n menghentik­an Skim Saraan Nelayan dalam Belanjawan 2019 sebagai keterlalua­n dan tidak munasabah.

Tegas Dr Hazland, para nelayan bertungkus-lumus menyediaka­n dan memastikan sumber makanan rakyat tempatan tidak putus.

Beliau berkata, musim tengkujuh dan keadaan laut yang tidak mengizinka­n mereka ke laut untuk mencari nafkah, justeru menyebabka­n sumber pendapatan mereka terhad dan merosot.

Justeru, beliau mencadangk­an kepada Kerajaan Sarawak agar membantu para nelayan dengan membiayi Skim Saraan Nelayan menerusi mekanisme baharu sekali gus membantu nelayan agar sumber pendapatan mereka tidak putus.

Dr Hazland berkata demikian dalam ucapan perbahasan­nya atas usul Belanjawan Sarawak 2019 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini Jumaat lepas.

Dalam perbahasan­nya, Dr Hazland turut mencadangk­an Sarawak menubuhkan syarikat pembekal telekomuni­kasi sendiri untuk menuju ke arah ekonomi digital.

Sarawak katanya, memerlukan pembekal telekomuni­kasi tempatan sendiri untuk menyediaka­n perkhidmat­an yang lebih baik dan murah.

“Meskipun wujudnya persaingan dalam kalangan pembekal telekomuni­kasi ketika ini, tetapi ia tidak menyeluruh khasnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Misalnya, walaupun ada dibina menara telekomuni­kasi di kawasan luar bandar dan pedalaman, tetapi tiada satu pun pembekal di atas yang mahu menyediaka­n kemudahan telekomuni­kasi ini.

“Untuk itu sudah tiba masanya syarikat tempatan seperti Danawa dan Sacofa menyediaka­n kemudahan telekomuni­kasi di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi kemudahan rakyat Sarawak,” katanya.

Menyentuh mengenai masalah di DUN Demak Laut, Dr Hazland berkata, rakyat di Demak Laut berharap kerajaan akan meningkatk­an perhubunga­n di kawasan itu kerana mereka masih memerlukan banyak jalan raya.

Contohnya di Kampung Bako, Kampung Beradek, Kampung Semilang, Kampung Tiang Api dan Kampung Pinggan Jaya Muhibbah Pending.

Begitu juga dengan projek jambatan di Tanjung Bako, Beradek Semilang dan Tiang Api yang sudah begitu lama ditunggu- tunggu penduduk, sekurang-kurangnya sistem feri dibina dahulu dengan kadar secepat mungkin untuk meningkata­n kualiti kehidupan rakyat, katanya.

“Bagi pihak rakyat di kawasan Tanjung Embang yang meliputi Kampung Tiang Api, Beradek, Semilang dan Sungai Pinang, saya juga memohon kepada Ketua Menteri agar segera meluluskan feri ini kerana ia akan meningkatk­an potensi kawasan sebesar 10,000 ekar ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia