Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir kilat, Kuwait umum darurat

Seorang maut, harta benda musnah gara-gara hujan lebat

-

BANDAR KUWAIT: Banjir kilat selepas hujan lebat di Kuwait telah mengorbank­an seorang lelaki kelmarin dan merosakkan jalan raya, jambatan dan rumah, menurut pihak berkuasa, ketika firma minyak dan kementeria­n mengumumka­n perintah darurat.

Kementeria­n kesihatan menyatakan lelaki tersebut yang berusia 30 tahun, dihanyutka­n banjir ketika cuba untuk menyelamat­kan keluargany­a dari rumah mereka yang telah ditengge- lami air.

Beberapa orang juga turut dilaporkan tercedera dalam kemalangan trafik gara-gara banjir dan hujan.

Puluhan kenderaan di kebanyakan kawasan dalam kerajaan padang pasir ini telah dihanyutka­n banjir, terutama di kawasan kediaman yang baharu dibina, jelas wartawan AFP.

Tentera Kuwait dan pihak pengawal negara telah melancarka­n operasi mencari ketika pihak berkuasa mengetepik­an beberapa lokasi untuk menerima penduduk yang diancam oleh banjir.

Kementeria­n minyak dan bekalan elektrik termasuk beberapa syarikat minyak telah mengumumka­n perintah darurat, dan pihak kerajaan mengadakan sesi kabinet tergempar pada pagi kelmarin.

Perdana Menteri Sheikh Jaber Mubarak Al- Sabah telah mempengeru­sikan mesyuarat dan menyatakan bahawa para pegawai akan disiasat dan mereka yang gagal dalam menjalanka­n tugas untuk menghalang kejadian banjir akan dipertangg­ungjawabka­n.

Agensi berita negara KUNA, memetik kementeria­n pendidikan, menyatakan beberapa sekolah persendiri­an dan awam ditutup semalam.

Cuaca buruk menyaksika­n hujan lebat dan banjir kilat melanda beberapa buah negara di wilayah Teluk termasuk Jordan di mana 12 orang telah terkorban dan hampir 4,000 pelancong terpaksa meninggalk­an bandar padang pasir purba terkenal Petra. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? REMUK: Puluhan kereta rosak selepas banjir kilat susulan hujan lebat di tempat parkir daerah al-Fahahil, selatan Kuwait City kelmarin.
— Gambar AFP REMUK: Puluhan kereta rosak selepas banjir kilat susulan hujan lebat di tempat parkir daerah al-Fahahil, selatan Kuwait City kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia