Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda Palestin maut selepas ditembak tentera Israel

-

RAMALLAH: Seorang lelaki Palestin ditembak dalam pertempura­n dengan pasukan tentera Israel pada Oktober lepas telah meninggal dunia akibat kecederaan­nya, menurut pihak kementeria­n kesihatan di Tebing Barat yang ditakluk rejim Israel kelmarin.

Mohammed Shreyteh, 28, ditembak di kepala semasa pertempura­n yang berlaku pada 26 Oktober di Tebing Barat.

Pada masa itu, beberapa saksi menyatakan keganasan meletus ketika peneroka haram Yahudi datang untuk melawat sebuah kawasan berhampira­n Tebing Barat di perkampung­an Al- Mazraa al- Gharbiya, dan penduduk Palestin melastik mereka dengan batu.

Pasukan tentera Israel kemudian campur tangan dengan melepaskan gas pemedih mata serta menembak peluru hidup ke arah penduduk Palestin, menurut saksi.

Pihak tentera Israel menuduh penduduk Palestin sebagai memulakan rusuhan ketika membakar bunga api dan melontar batu ke arah pasukan tentera dan polis sempadan.

“Pihak tentera memberi respons dengan cara meleraikan rusuhan dan melepaskan tembakan sejajar dengan prosedur operasi yang standard,” jelasnya.

Semasa pertempura­n tersebut. seorang lagi rakyat Palestin, Othman Ladawda, 33, telah terkorban, kata kementeria­n kesihatan di Tebing Barat pada masa itu.

Mangsa telah terkena tembakan peluru hidup, dengan peluru tersebut menembusi organ di bahagian bawah perutnya, menurut pihak kementeria­n.

Turut maut Rami Qahman, 28, dalam pertempura­n di sepanjang sempadan Gaza- Tel Aviv dengan tentera Israel yang melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup.

Menurut Kementeria­n Kesihatan Hamas, pertelingk­ahan tersebut tercetus gara- gara tindakan tentera rejim yang melerai keras penunjuk perasaan kelmarin. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gamabr AFP ?? KEJAM: Ahli keluarga dan rakan-rakan meratapi kematian Qahman di Beit Lahia, utara Semenanjun­g Gaza kelmarin.
— Gamabr AFP KEJAM: Ahli keluarga dan rakan-rakan meratapi kematian Qahman di Beit Lahia, utara Semenanjun­g Gaza kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia