Utusan Borneo (Sarawak)

Motosikal curi: Pekerja kedai cuci kereta mengaku tidak bersalah

-

MIRI: Seorang pekerja sebuah kedai cuci kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua tuduhan dengan curang menyimpan dua motosikal curi.

Mohammed Shahbudin Saimi didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan serta tidak melebihi lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n kes pertama, tertuduh dituduh dengan curang menyimpan harta curi iaitu sebuah motosikal dengan nombor pendaftara­n QMQ17xx kepunyaan Alin Chayak, 21.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 6.30 petang, pada 1 November lalu di garaj sebuah restoran, Jalan Merbau di sini.

Manakala dalam kes kedua, tertuduh dituduh dengan curang menerima atau menyimpan harta curi iaitu sebuah motosikal kepunyaan Mohd Norizam Abdullah @ Noddy Saidi, 44.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh jam 5.15 pagi, pada 30 Oktober lalu di sebuah lot, Jalan North Yu Seng di sini.

Terdahulu, pegawai pendakwa memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan itu serta minta dibicara lanjut.

Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie mendengar kes itu kemudian menetapkan 27 November ini pengurusan kes bagi keduadua kes itu.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan RM1,800 berserta dua penjamin tempatan bagi kes pertama dan jaminan RM2,000 berserta dua penjamin tempatan bagi kes kedua, sementara menunggu tarikh tersebut.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong dan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia