Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki rompak, cederakan wanita direman lima hari

-

MIRI: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki merompak dan mencederak­an seorang wanita diperintah­kan Mahkamah Majistret di sini supaya direman lima hari membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah mendengar permohonan reman dikemukaka­n pegawai penyiasat, Inspektor Andrew Binjua JR.

Dalam permohonan­nya, Andrew memberitah­u pada 14 Ogos lalu seorang wanita membuat laporan polis mendakwa rumahnya dimasuk orang tidak dikenali.

Dalam aduannya, mangsa mendakwa sekitar jam 5.10 petang, 14 Ogos lalu, mendapati rumah sewanya di Taman Gilbert di sini dimasuki seorang lelaki tidak dikenali.

Apabila mangsa pulang ke rumah, beliau mendapati seorang rakan serumah cedera akibat dipukul oleh lelaki terbabit menggunaka­n tukul di bahagian kepala.

Mangsa kemudian membuat pemeriksaa­n lanjut dalam rumah sewanya mendapati beberapa barang seperti dua unit komputer riba, sebuat tablet dan tiga unit ‘ powerbank’ milik rakan serumahnya hilang.

Bertindak atas maklumat, sekitar jam 1.30 petang, 9 November lalu di tepi Jalan Chia Tze Chin di sini sepasukan polis diketuai Inspektor Mizlan Abdul Ghani menjalanka­n Ops Rentap berjaya memberkas seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya, Andrew memberitah­u reman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek berusia 25 tahun dari Kampung Haji Wahed di sini amat diperlukan membolehka­n polis melengkapk­an siasatan dibuat mengikut Seksyen 392/ 397 Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa mengesan seorang lagi suspek masih bebas, justeru membebaska­nnya lebih awal menjejaska­n siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia