Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sasar capai liputan elektrik 24 jam menjelang 2025

-

KUCHING: Sarawak menyasar mencapai liputan bekalan elektrik 24 jam menjelang 2025 menerusi Pelan Induk Elektrik Luar Bandar Sarawak.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata di bawah pelan induk itu RM3.22 bilion diperlukan untuk melaksanak­an tiga stategi utama iaitu sambungan jaringan grid 33kV dan ke bawah, sambungan transmisi grid 132kV dan ke atas dan sambungan talian stan-alone Sistem Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak (SARES).

“Peruntukan khas berjumlah RM2.37 bilion telah diluluskan Kerajaan Sarawak untuk 2019 dan 2020. Ini akan meningkatk­an liputan bekalan elektrik dalam kalangan isi rumah di luar bandar daripada 91 peratus kepada 97 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Utiliti pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Bagaimanap­un, ketika ini masih terdapat penduduk luar bandar tidak menikmati bekalan elektrik menerusi strategi- strategi tersebut kerana lewat memohon.

“Jumlah lewat memohon meningkat dengan pantas di seluruh negeri, memberi cabaran besar kepada kementeria­n saya untuk mengurusny­a.

“Permohonan- permohonan ini juga diambil kira dalam pelan induk untuk menyambung bekalan elektrik di bawah Dana Permohonan Lewat atau Tambahan (ALAF) dan ia akan diteruskan sehingga liputan elektrik 100 peratus dicapai sebelum 2025,” ujarnya.

Dr Rundi berkata ketika ini penjanaan grid dipasang mempunyai kapasiti 4,641 megawatt (MW) bagi mencapai pemintaan pada waktu puncak sebanyak 3,623 MW.

Sarawak ujarnya, akan memastikan bekalan elektrik yang mencukupi, boleh dipercayai dan berpatutan, menerusi perancanga­n dan pelaksanaa­n berhemah sumber tenaga serta membangunk­an infrastruk­tur kuasa bagi mempercepa­tkan pertumbuha­n ekonomi Sarawak.

“Bagi pengetahua­n Dewan, sejak pelaksanaa­n Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) pada 2009, 115,000 lagi isi rumah luar bandar dibekalkan dengan bekalan elektrik di luar bandar kepada 91 peratus,” jelasnya.

Menjawab isu-isu spesifik, Dr Rundi berkata, bekalan elekrik ke kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di Daro, Samalaju, Tupong, Meluan, Kedup, Bukit Semuja, Murum, Machan, Opar dan Saribas akan dilaksanak­an secara berperingk­at dalam tempoh dua tahun melalui sambungan talian grid atau stand-alone skim SARES dengan peruntukan diluluskan Kerajaan Sarawak di bawah Pelan Induk Elektrik Luar Bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia