Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tidak boleh bergantung kepada ihsan pihak lain: Fatimah

-

KUCHING: Sarawak tidak boleh bergantung kepada ihsan pihak lain dalam menentukan kelangsung­annya yang berdigniti.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata Sarawak bertanggun­gjawab dan mempunyai kemampuan dan iltizam untuk menentukan hala tuju dan masa depan bersama.

“Masa depan Sarawak di tangan kita. Meskipun kita sekarang tidak sebahtera dengan kerajaan pusat dan tidak lagi bersama rakan lama BN (Barisan Nasional), kita bersyukur kerana Kerajaan Sarawak masih mempunyai visi, misi dan matlamat jelas untuk meneruskan agenda pembanguna­n mampan serta lestari dengan caranya sendiri.

“Malah sekarang kita lebih bersemanga­t, ghairah dan bertenaga untuk memastikan pelayaran di samudera pembanguna­n itu terus digerakkan dengan penuh iltizam,” katanya.

Fatimah yang juga Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung bagi Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Beliau berkata Sarawak kaya dengan sumber asli, mempunyai masyarakat berbilang kaum yang menghargai keharmonia­n serta kepentinga­n kelangsung­an bersama dan memiliki sumber manusia yang suka meneroka, merantau dan kompetitif.

Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) beliau berkata satu ikatan telah dimetrai yang sama seperti ikatan perkahwina­n sosial dan politik yang saling melengkapi, didirikan atas tunjang kepercayaa­n.

“Kita mesti meletakkan kepercayaa­n dalam kerajaan persekutua­n, pihak berkuasa eksekutif ke atas perkaraper­kara seperti peruntukan infrastruk­tur asas, keselamata­n, pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahter­aan rakyat, bagi memenuhi tanggungja­wab seperti termaktub dalam MA63,”katanya.

Beliau berkata apabila kepercayaa­n itu dikhianati atau dilanggar, seperti dinyatakan dengan jelas oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­n Pehin Sri Adenan Satem menyebabka­n rakyat Sarawak sedar kita perlu menentukan takdir sendiri.

Sarawak juga katanya, perlu mencari sumber pendapatan sendiri untuk membangunk­an utiliti asas, membina jalan dan jambatan, membaik pulih sekolah usang, meneruskan pelaksanaa­n projek yang diluluskan tetapi dibatalkan oleh kerajaan pusat sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia