Utusan Borneo (Sarawak)

Violet tidak mahu tarik balik guna perkataan amuk

-

KUCHING: Violet Yong (DAP-Pending) tetap dengan pendirian untuk tidak menarik balik perkataan amuk yang dilabelkan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam ucapan perbahasan­nya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya tidak fikir saya akan menarik balik perkataan itu. Ini kerana GPS dalam manamana acara adalah haram. Kecuali mereka mengakui mereka adalah pakatan yang haram, baharulah saya menarik balik, jika tidak biarkan,” jawab beliau di hadapan Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Violet berkata, ketika menyebut perkataan itu, beliau hanya menyebut GPS dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak, individu dan kerajaan GPS.

Menurutnya, amuk adalah perkataan umum bahasa Inggeris (amok) dan tidak bermaksud kasar atau menghina seperti yang didakwa Lo Khere Chiang (SUPP-Batu Kitang) yang meminta agar beliau menarik balik perkataan itu yang disebut dan direkodkan di Hansard pada 8 November lalu.

Lo berkata, perkataan itu tidak sepatutnya disebut di Dewan dan perlu ditarik balik. Lo berkata amuk membawa erti tindakan ganas yang boleh membawa ancaman yang turut dilakukan dalam sekumpulan individu.

Lo mendakwa kenyataan Violet iaitu ‘GPS has since gone amok’ seperti menuduh ahli-ahli Pakatan GPS dalam Dewan telah mengamuk.

Violet menjawab: “Saya tidak menghina sesiapa di Dewan ini, amuk adalah istilah umum, hanya perkataan English, bukan seperti yang dikatakan oleh Batu Kitang iaitu kasar, menghina. Yang saya sebutkan cuma perkataan Inggeris. Anda boleh rujuk semula dalam kamus Oxford. Apa salah dengan itu.

“Saya hanya menyebut GPS, bukan kerajaan GPS. Saya tidak menyebut Batu Kitang atau sesiapa. Saya percaya, ia perlu dikekalkan. kerana saya tidak menyebut nama sesiapa,” jelasnya.

Sebelum itu, Lo semalam turut meminta maaf dan menarik balik perkataan tidak senonoh yang digunakan dalam bahas di Dewan.

Beliau memohon maaf kerana menyebut perkataan yang tidak menyenangk­an Dewan dan mengakui kesilapan yang dilakukan.

“Saya dengan rendah diri menarik balik perkataan itu daripada teks ucapan saya,” jawab beliau di hadapan Speaker Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Pada Rabu lalu, Lo menafikan menyebut perkataan ‘bxxxxxxt’ semasa ucapan bahas beliau dan enggan menarik balik setelah diminta oleh speaker.

Sebaliknya mencadangk­an Dewan untuk membuat pembetulan pada Hansard daripada ‘bxxxxxxxt’ kepada ‘rubbish’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia