Utusan Borneo (Sarawak)

99 syarikat kemuka permohonan dapatkan lesen pengagihan gas sejak 1 Julai 2018

-

KUCHING: Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata sebanyak 99 syarikat mengemukak­an permohonan untuk mendapatka­n lesen pengagihan gas di negeri ini sejak Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016 berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Syarikat- syarikat berkenaan katanya, memohon lesen untuk melakukan satu atau lebih daripada tujuh aktiviti ditetapkan dalam Bahagian III Seksyen 7 DGO.

“DGP 2016 dikuat kuasa pada 1 Julai 2018 dan pelaksanaa­nnya adalah seiring dengan penguatkua­saan Ordinan Perlombong­an Minyak (Pindaan) 2018, sepanjang tempoh interim, 18 bulan dari Julai 2018 hingga hujung 2019, beberapa perkara dilaksanak­an.

“Pertama permohonan lesen untuk melakukan tujuh aktiviti berkaitan pengagihan gas seperti dinyatakan dalam Bahagian III Seksyen 7 DGO, mengkaji semula permohonan, mengenakan yuran lesen dan harga gas pengguna kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diluluskan.

“Keempat, mengeluark­an lesen masing- masing dan menguatkua­sakan terma dan syarat lesen serta menyediaka­n maklum balas sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an Kementeria­n Utiliti pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Sementara itu katanya, 88 permohonan berkaitan aktiviti pengagihan Gas Petroleum Cecair (LPG) dan permohonan itu daripada Petronas Dagangan Berhad (PDB), MYGAZ dan peng- edar masing-masing, peruncit dan pengangkut­an darat.

Petronas Energy dan Gas Trading (PEGT), Petronas Gas (PGB) dan Sarawak Gas Distributi­on Sdn Bhd (SGDSB) merupakan pemohon utama lesen mengagihka­n gas asli di negeri ini, tambahnya.

“Permohonan- permohonan ini telah direviu dan dirumuskan. Kertas MMKN untuk yuran lesen dicadangka­n telah dimuktamad dan dikemukaka­n kepada MMKN Disember depan.

“Sebaik kertas itu diluluskan MMKN, lesen masing-masing akan dikeluarka­n selepas bayaran yuran lesen dipohon oleh pemohon-pemohon berjaya,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia