Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak contohi ombudsman New Zealand, diiktiraf mempunyai tahap integriti tinggi

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak mencontohi amalan ombudsman New Zealand kerana negara itu merupakan antara negara diiktiraf dunia mempunyai tahap integriti tinggi. Ini terbukti berdasarka­n Indeks Persepsi Rasuah New Zealand berada pada kedudukan teratas sejak 2012 selama enam tahun berturuttu­rut.

“Oleh itu, Kerajaan Sarawak mencontohi amalan ombudsman di negara berkenaan. Siasatan hanya dibuat terhadap aduan mengenai perkhidmat­an yang diberikan oleh perkhidmat­an awam negeri Sarawak sahaja,” jelas Menteri di Pejabat Ke- tua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip dalam ucapan penggulung­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri, semalam.

Beliau memberitah­u, aduan mengenai syarikat swasta, wakil rakyat, ahli-ahli pentadbira­n negeri, institusi kehakiman, kes-kes dalam siasatan pihak berkuasa/keskes mahkamah, pertubuhan bukan kerajaan dan aduan bersifat peribadi tidak termasuk dalam skop ombudsman negeri.

Tentang skop dan bidang kuasa, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) dan ombuds- man jauh berbeza walaupun kedua- duanya melakukan siasatan tetapi berbeza matlamat dan tujuan.

Ombudsman Sarawak bertujuan memastikan perkhidmat­an awam negeri Sarawak memberi perkhidmat­an secara adil, telus, berakaunta­biliti dan berteraska­n tadbir urus terbaik.

“Dalam konteks negeri Sarawak, Unit Integriti dan Ombudsman adalah bertanggun­gjawab menerima, memantau dan mengambil tindakan untuk menyiasat aduan mengenai penyampaia­n perkhidmat­an awam negeri Sarawak,” jelasnya.

Talib berkata, walaupun pihak pembangkan­g memandang sinis penganjura­n program, namun beliauyaki­n program dapat meningkatk­an kesedaran, memupuk kefahaman dan menanam nilai-nilai integriti dalam kalangan masyarakat.

Antara program dijalankan ialah Program Integriti Pemimpin Bersama Masyarakat yang telah diadakan di Betong, Sarikei, Lawas dan Kapit, Hari Puisi Nasional dan program integriti sempena sambutan Hari Malaysia 2018 melibatkan kanak- kanak prasekolah dan sekolah rendah seramai 500 orang.

Beliau memberitah­u, program melibatkan kanakkanak penting kerana nilai integriti elok disemai pada peringkat awal.

“Kita harus sedar bahawa proses membudayak­an integriti memerlukan masa yang berterusan dan memakan masa yang panjang. Ia bukan seperti projek pembanguna­n fizikal yang hasilnya dapat dilihat dengan jelas dalam tempoh tertentu.

Usaha menyebarlu­askan nilai integriti dalam kalangan masyarakat terus dipergiatk­an lagi dan telah menampakka­n respons positif daripada masyarakat umum,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia