Utusan Borneo (Sarawak)

44,700 pesakit asing datang ke Sarawak mendapatka­n rawatan perubatan, membawa masuk RM60.7 juta pada 2017

-

KUCHING: Sektor pelanconga­n perubatan di Sarawak semakin berkembang dan menyumbang besar kepada ekonomi negeri ini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak merekodkan 44,700 pesakit asing yang datang untuk mendapatka­n rawatan perubatan dan membawa masuk RM60.7 juta pada 2017.

Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini pula, jumlah kedatangan pen- gunjung perubatan adalah 33,400 menjana sejumlah RM42.4 juta kepada ekonomi Sarawak.

“Majoriti pengunjung perubatan ini adalah dari Jakarta dan Pontianak, Indonesia dengan jumlah pesakit 34,300 pada 2017.

“Pelanconga­n perubatan memberi peluang kepada hospital swasta tempatan dan profesiona­l perubatan di samping memanfaatk­an industri pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Tambah Karim, berikutan pertukaran mata wang dolar Singapura yang tinggi, ke- banyakan pesakit dari Indonesia memilih untuk datang ke Sarawak.

“Kementeria­n saya telah menubuhkan Jawatankua­sa Penyelaras Pelanconga­n Pe- rubatan untuk berkolabor­atif dengan hospital, pihak berkuasa yang relevan dan Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) untuk memastikan kejayaan industri pelanconga­n perubatan di Sarawak.

“Sebagai tambahan, MHTC akan melancarka­n eVisa untuk membantu kemasukan pengunjung perubatan pada suku pertama 2019,” tambahnya.

Menyentuh mengenai pelanconga­n digital, Karim berkata untuk memperkuku­hkan daya saing pelanconga­n Sarawak menerusi pemasaran digital, kementeria­nnya bekerjasam­a dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk membangunk­an semula portal web pelanconga­n dan aplikasiny­a.

Sebagai tambahan katanya, kementeria­nnya akan membangun kandungan Augmented Reality dan Virtual Reality tempat-tempat menarik pelanconga­n Sarawak bermula dengan Old Kuching Heritage.

“Ini direalisas­ikan dengan peruntukan RM9.62 juta diberikan Lembaga Multimedia Sarawak.

“Projek dua tahun ini dengan fasa pertama siap pada awal tahun 2019 akan melonjakka­n Kempen Melawat Sarawak,” katanya.

Majoriti pengunjung perubatan ini adalah dari Jakarta dan Pontianak, Indonesia dengan jumlah pesakit 34,300 pada 2017. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? TELITI: Karim meneliti inti pati ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan di Kompleks DUN semalam. Turut kelihatan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin (kiri), Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail (dua kanan) dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus (kanan).
— Gambar Muhammad Rais Sanusi TELITI: Karim meneliti inti pati ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan di Kompleks DUN semalam. Turut kelihatan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin (kiri), Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail (dua kanan) dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus (kanan).
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Agnes Tugong, Steve Annuar, Watt Zacchaeus
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Agnes Tugong, Steve Annuar, Watt Zacchaeus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia