Utusan Borneo (Sarawak)

Program pembanguna­n sukan perlu diterus, dipergiat pada 2019

-

KUCHING: Program pembanguna­n sukan seperti Sukan Sarawak ( SUKSAR) perlu diteruskan dan dipergiatk­an pada 2019.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata program itu penting bagi memperkuku­hkan latihan selain persiapan atlet menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor.

“Daripada semua atlet yang bersaing dalam SUKSAR tahun lepas, 19 peratus atau 132 daripada mereka adalah mewakili Sarawak dan SUKMA barubaru ini di Perak.

“Seramai 14 daripada atlet SUKSAR telah memenangi pingat dalam tujuh acara yang mereka tandingi dan kita optimistik mereka akan lebih menyerlah dalam SUKMA akan datang yang mana kurang dari dua tahun dari sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulung­an kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Tambah Karim, bagi menghadapi SUKMA 2020 di Johor, Perbadanan Sukan Sarawak dan Majlis Sukan Sarawak akan mengambil beberapa inisiatif yang akan mengukuhka­n latihan dan persediaan atlet.

“Kami juga akan fokus kepada acara sukan yang dapat menyumbang kepada pinggat emas seperti angkat berat, renang, memanah, menembak dan olahraga.

“Sukan-sukan ini berpotensi menyumbang kepada 175 pingat emas dalam SUKMA akan datang,” tambahnya.

Selain meneruskan dan mempergiat­kan SUKSAR, kementeria­n menurut Karim turut merancang dan akan melaksanak­an cadangan Sistem Pengurusan Atlet Bersepadu yang menggunaka­n teknologi digital dan sains berprestas­i tinggi.

Inisiatif ini juga melibatkan latihan fizikal dan program pengukuhan yang merangkumi cadangan Program Pengukuhan Psikologi Atlet.

Dalam pada itu, Sarawak pada 2019 akan menganjurk­an dua acara antarabang­sa utama iaitu Kejohanan Renang Para Dunia 2019 dari 29 Julai hingga 4 Ogos di Pusat Akuatik Pandelela Rinong dan Kejohanan Olahraga Master Asia Ke-21 2019 bermula dari 2 hingga 6 Disember 2019 di Stadium Sarawak.

Dua acara ini ini dijangka akan melibatkan seramai 80 negara dengan liputan langsung televisyen yang akan memberi publisiti luas kepada Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia