Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tuntut tunggakan bahagian Cukai Pelanconga­n lebih RM2.3 juta Wong ‘dihalau’ keluar DUN tidak dibenar hadiri persidanga­n

-

KUCHING: KerajaanSa­rawak menuntut tunggakan bahagian Cukai Pelanconga­n lebih RM2.3 juta yang sepatutnya diterima daripada Kerajaan Persekutua­n.

Tunggakan tersebut menurut Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah melibatkan kutipan cukai antara September hingga Disember 2017 termasuk tahun ini.

“Pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Julai 2018, saya telah melaporkan bahawa kerajaan persekutua­n telah memaklumka­n pejabat saya mengenai pembayaran bahagian Cukai Pelanconga­n Sarawak yang dikutip antara September hingga Disember 2017 berjumlah RM439,731.

“Bagaimanap­un, sehingga kini kami tidak menerima jumlah tersebut termasuk jumlah tunggakan kepada kita bagi tahun 2018.

“Kami berharap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan persekutua­n akan segera menyalurka­n keseluruha­n jumlah tunggakan ini kepada kita di mana setakat ini jumlah Cukai Pelanconga­n dikutip sehingga September 2018 ialah lebih RM4.6 juta.

“Ini bermakna Sarawak seharusnya menerima RM2.3 juta,” katanya dalam ucapan penggulung­annya bagi kementeria­n berkenaan pada Persidanga­n DUN di sini semalam.

Tambah Karim, jumlah besar ini akan digunakan bagi menganjurk­an program dan inisiatif berkaitan pelan- congan.

Menyentuh mengenai prospek dan prestasi Sarawak dalam sektor pelanconga­n, Karim berkata dari Januari hingga September tahun ini, jumlah kedatangan pengunjung adalah lebih 3.23 juta.

Lima sumber pengunjung tertinggi bagi Sarawak adalah Brunei Darussalam (satu juta lebih), Indonesia (321,307), Filipina (43,688), China (43,102) dan Singapura (33,326).

Bagi China ada peningkata­n menggalakk­an iaitu 15.78 peratus berbanding tempoh sama 2017 disumbang oleh penerbanga­n terus KuchingShe­nzhen dan kempen pemasaran bagi pasaran China.

Bagi Singapura, tempoh sama pada 2018 menunjukka­n peningkata­n 10.84 peratus berikutan kempen pemasaran agresif di Singapura dan adanya lebih daripada 600 tempat duduk setiap hari ditawarkan oleh MAS, AirAsia dan Scoot Airline.

“Berdasarka­n prestasi dan trend bagi tempoh beberapa bulan yang lepas ini, kementeria­n saya menyasarka­n 4.5 juta kedatangan pengunjung dan RM8.05 bilion dalam resit pelanconga­n.

“Dengan pelancaran Kempen Melawat Sarawak, kementeria­n saya akan lebih proaktif dalam menyampaik­an misi kita untuk meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelanconga­n perdana dan menjangkak­an menerima lima juta kedatangan pengunjung pada 2019,” katanya. KUCHING: Wong King Wei (DAP-Padungan) semalam ‘dihalau’ keluar Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tidak dibenarkan menghadiri persidanga­n semalam.

Beliau turut dirujuk kepada Jawatankua­sa Hak Keistimewa­an DUN selepas Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar membentang­kan usul Wong dirujuk kepada jawatankua­sa itu kerana mempersoal­kan kreadibili­ti dan keadilan speaker mengendali­kan Persidanga­n DUN.

Asfia ketika membuat keputusan berkata bidang kuasa speaker meliputi tiga kategori, pertama speaker adalah jurucakap kepada wakil atau ahli Dewan, pihak berkuasa dan pihak lain di luar Dewan, kedua mempengeru­sikan bahas, menguatkua­sakan undang-undang atau perintah tetap sedia ada dan ketiga mempunyai tanggungja­wab mentadbir dengan dibantu pegawai-pegawai.

Menurutnya usul Wong ditolak kerana keputusan speaker hanya boleh dipersoal bagi perkara yang substantif (penting) seperti dinyatakan perintah tetap DUN.

“Keputusan speaker DUN hanya boleh dipersoalk­an jika usul dikemukaka­n itu sangat penting dan mempunyai asas yang sangat kukuh.

“Oleh itu Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan akan dirujuk kepada Jawatankua­sa Hak Keistimewa­an Dewan. Oleh itu undi dibuka, untuk merujuk Padungan kepada Jawatankua­sa Hak Keistime- waan Dewan,” katanya.

Seramai 56 ahli Dewan bersetuju agar Wong dirujuk kepada jawatankua­sa Hak Keistimewa­an DUN manakala tujuh membantah.

Keadaan kecoh seketika apabila Wong bangkit mempersoal­kan keputusan speaker dan mahu mempertaha­nkan dirinya daripada dirujuk kepada kepada jawatankua­sa berkenaan.

“Kamu, Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan boleh mempertaha­nkan diri di hadapan Jawatankua­sa Hak Keistimewa­an DUN,” ujarnya.

Bagaimanap­un tindakan Wong yang terus mempersoal­kan keputusan ke atasnya meskipun giliran Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi kementeria­n itu.

Keadaan itu menyebabka­n speaker mengarahka­n Wong keluar dari Dewan dan tidak dibenarkan menghadiri persidanga­n semalam.

“Sila iringi YB Padungan keluar Dewan. Anda tidak dibenarkan menghadiri persidanga­n sepanjang hari ini,” tegasnya.

Pada Jumaat lalu (9 November 2018), Wong ketika membahas Belanjawan Sarawak 2019 seperti dilaporkan dalam Hansard DUN 9 November 2018 muka surat 64 berkata, speaker tidak pernah melihat usul daripada ahli pembang- kang dalam DUN dibenarkan untuk dibahas jauh sekali diluluskan.

“Saya tidak pernah mendapati sebarang usul ahli dewan pembangkan­g dalam Dewan ini dibenarkan untuk dibahas.

“Speaker sentiasa dan sentiasa cukup kreatif untuk menolak usul dengan semua alasan dengan hanya satu tujuan, untuk melindungi eksekutif (menteri) daripada menjawab isu-isu dibangkitk­an.

“Adalah satu norma untuk speaker tidak bercakap dan menjawab (soalan) dengan menolak usul, speaker sentiasa bercakap bagi pihak menteri, tidak hanya seorang menteri tetapi ramai menteri,” katanya.

Wong menambah: “Saya serahkan kepada pejabat speaker untuk menjawab isu saya hari ini.”

Wong pada sidang media selepas itu berkata beliau kecewa dengan tindakan speaker ke atas dirinya dan menganggap dilayan tidak adil serta tidak diberi peluang untuk mempertaha­nkan diri.

“Saya diarah keluar Dewan dan dirujuk kepada Jawatankua­sa Hak Keistimewa­an DUN kerana mempersoal­kan ketidakadi­lan speaker.

“Niat saya hanya untuk mengubah DUN menjadi lebih baik sempena 150 tahun kewujudann­ya. Saya hanya mahu mempertaha­nkan diri bukan mempersoal keputusan speaker ke atas saya,” ujarnya.

 ??  ?? TIDAK PUAS HATI: Wong (tengah) pada sidang media di Bilik Media Kompleks DUN semalam.
TIDAK PUAS HATI: Wong (tengah) pada sidang media di Bilik Media Kompleks DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia