Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan Maybank Global Banking sokong Belanjawan Sarawak 2019

-

KUCHING: Kumpulan Maybank Global Banking menyatakan sokongan mereka terhadap pembentang­an Belanjawan Sarawak 2019.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Muzzaffar Hisham berkata pihaknya akan terus bekerjasam­a dengan Kerajaan Satawak dalam merealisas­ikan segala rancangan berkaitan belanjawan tersebut.

“Belanjawan kali ini sungguh efektif dan lebih kepada pembanguna­n khususnya di kawasan pedalaman.

“K a m i s a n g a t menyokongn­ya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengetuai rombongann­ya mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Aras 5, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Sementara itu, Bank Islam Malaysia Berhad turut mengadakan kunjungan serupa dan telah menyerahka­n zakat perniagaan sejumlah RM435,668.24 kepada Tabung Baitulmal Sarawak yang diagihkan kepada Sarawak pada kali ini.

Kunjungan itu diketuai Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad Datuk Zamani Abdul Ghani.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad Mohd Muazzam Mohamed berkata, zakat itu adalah cara mereka memberi semula kepada rakyat.

“Dari bayaran zakat ini, kita merancang pelbagai projek untuk membantu dari segi kebajikan serta bantuan untuk golongan yang kurang berkemampu­an di sini,” ujarnya.

Pada pertemuan itu, Muazzam berkata pihaknya turut memberi taklimat serta penerangan kepada Abang Johari tentang projek amal mereka.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Muzzaffar (tiga kiri) mengetuai rombongann­ya ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari (empat kiri) di Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Muzzaffar (tiga kiri) mengetuai rombongann­ya ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari (empat kiri) di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia