Utusan Borneo (Sarawak)

223 projek infrastruk­tur PBT berjumlah RM53.23 juta siap tahun ini

-

KUCHING: 223 projek infrastruk­tur di 24 pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) telah siap menggunaka­n dana Kerajaan Sarawak berjumlah RM53.23 juta pada tahun ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, projek termasuk lampu jalan, lampu isyarat, laluan pejalan kaki, tandas awam, perpustaka­an, jeti dan taman rekreasi.

“Pada tahun 2018, kerajaan meluluskan RM53.23 juta untuk melaksanak­an 539 projek infrastruk­tur. Baki projek dalam pelbagai peringkat pelaksanaa­n,” jelasnya dalam ucapan penggulung­an kementeria­n beliau di Dewan Undangan Negeri petang semalam.

Sebanyak 41 daripada 51 projek mitigasi banjir telah siap tahun ini menggunaka­n dana RM32.3 juta dilaksanak­an Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Kerja Raya. Baki 10 projek akan siap pada tahun depan.

Turut siap tahun ini ialah 33 projek di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar dan dua projek di bawah Projek Walkabout Ketua Menteri.

Dr Sim berkata sehingga 30 Oktober, sejumlah RM178.4 juta telah dibelanjak­an untuk penyelengg­araan jalan di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Malaysia (MARRIS).

“Kementeria­n saya juga menerima RM14.99 juta daripada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan pusat untuk pihak berkuasa tempatan di negeri ini untuk melaksanak­an 465 projek infrastruk­tur kecil tahun ini.

“75 projek telah siap sementara 390 projek dalam pelaksanaa­n dan siap pada penghujung tahun ini,” jelasnya.

Untuk memperkasa­kan kapasiti dan keupayaan PBT untuk mempercepa­tkan penyampaia­n projek yang diluluskan, Kerajaan Sarawak telah meluluskan sebanyak 75 jawatan teknikal seperti jurutera, juruukur bahan, penolong jurutera, penolong arkitek landskap, penolong juruukur bahan dan pelukis pelan.

Mengenai Skuad LA Serve, sebanyak 3,079 aduan diterima menerusi Talikhidma­t dari Januari hingga Jun dan menyelesai­kan 1,414 kes ketika rondaan skuad.

Untuk projek perintis aplikasi I-People oleh MBKS, seramai 8,027 pengguna telah memuat turun aplikasi dan MBKS telah menerima sebanyak 920 kes.

Kementeria­n membelanja­kan sejumlah RM2.4 juta untuk melaksanak­an pelbagai program kemasyarak­atan seperti kempen katakan tiada plastik, 3R yang turut bertujuan meningkatk­an sosioekono­mi masyarakat dan menguatkan semangat perpaduan.

“KPKT memperuntu­kkan sejumlah RM4.695 juta pada tahun ini untuk membaik pulih 313 rumah rosak di bawah program pembasmian miskin bandar. Kita akan cuba memohon lebih banyak peruntukan untuk program ini dan memantau pelaksanaa­n projek yang telah diluluskan,” jelasnya.

Dalam pada itu, di bawah Rancangan Malaysia Ke11 ( RMK11), Perbadanan Pembanguna­n Perumahan ( HDC) memperuntu­kkan RM250 juta membina 1,338 unit rumah mampu milik di Darul Hana, Tabuan Melayu, Sematan, Lundu dan Bau di bahagian Kuching, 42 unit di Kampung Tian dan Igan di Mukah, 110 unit di Kemunyang dan Kampung Datu Baru di Sibu, 150 unit di kampung Baru di Kapit dan 128 unit di Ranggau dalam bahagian Limbang.

HDC t urut memperuntu­kkan RM127 juta melaksanak­an satu projek kemudahan di Sibu dan 13 projek berkaitan infrastruk­tur di Kuching, Sibu, Sri Aman, Betong dan Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia