Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas tidak berlaku adil kepada Sarawak

-

KUCHING: Jika mampu membayar dividen yang besar kepada kerajaan persekutua­n, mengapa Petronas tidak menambah royalti tahunan kepada Sarawak?

Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof yang mempersoal­kannya menambah, alasan bayaran royalti akan menambah beban kewangan Petronas tidak dapat diterima jika dinilai berdasarka­n situasi ini.

“Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) menyatakan bahawa Petronas akan membayar dividen RM54 bilion kepada kerajaan persekutua­n termasuk RM30 bilion dividen khas di bawah Belanjawan 2019.

“Jika Petronas mampu menyumbang sebanyak ini kepada kerajaan persekutua­n, saya juga mencadangk­an agar Petronas memberi sumbangan royalti tambahan kepada negeri- negeri pengeluar minyak seperti Sarawak,” katanya ketika menyertai perbahasan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

Pada masa ini, Petronas membayar lima peratus kepada Kerajaan Sarawak sebagai royalti minyak dan gas.

Sarawak selama ini menuntut agar peratusan itu dinaikkan kepada 20 peratus.

Setakat ini belum ada keputusan yang konkrit d a r i p a d a k e r a j a a n persekutua­n mengenai tuntutan ini.

Fadillah berkata lagi, peruntukan Belanjawan 2019 bagi Sarawak juga merupakan berita sedih kepada warga negeri ini.

B e l a n j a w a n 2 0 1 9 memperuntu­kkan RM54.7 bilion untuk pembanguna­n atau 17 peratus daripada keseluruha­n belanjawan.

Ia meningkat RM8.7 bilion daripada peruntukan Belanjawan 2018.

Di sebalik pertambaha­n itu, RM4.3 bilion diperuntuk­kan kepada Sarawak, jelasnya.

Angka itu merupakan 0.1 peratus pertambaha­n daripada Belanjawan 2018.

Kerajaan persekutua­n katanya, tidak wajar memberi alasan hutang negara yang tinggi sebagai punca kepada peruntukan agak menyedihka­n ini.

“Cuma yang menghairan­kan, lebihkuran­gRM44 bilion dapat diperuntuk­kan kepada negeri- negeri di Semenanjun­g Malaysia, bermakna secara purata sebuah negeri akan menerima RM4 bilion,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia