Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Sim enggan ulas kenyataan Riot mengenai pelantikan setiausaha politik KM

-

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)DatukDrSim­KuiHian enggan mengulas mengenai kenyataan Timbalanny­a Datuk Seri Richard Riot Jaem mengenai pelantikan setiausaha politik ketua menteri daripada SUPP.

Bercakap pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri ( DUN) di sini semalam, Dr Sim berkata beliau telah mengulas perkara ini kepada pemberita akhbar berbahasa Cina dan tiada keperluan untuknya mengulangi perkara itu.

“Saya dan Riot telah berkomunik­asi antara satu sama lain dan ia merupakan satu perbualan yang menggembir­akan antara kami.

“Jadi saya tidak perlu mengulas lagi perkara ini kerana saya tidak mahu apa yang akan saya katakan pada hari ini bercanggah dengan kenyataan saya sebelum ini,” katanya ringkas.

Dalam pada itu Riot dilaporkan sebagai kecewa dengan pimpinan tertinggi partinya kerana tidak mencadangk­an Bidayuh sebagai salah seorang daripada setiausaha politik mewakili parti tersebut.

Daripada 32 setiausaha politik yang dilantik lima adalah daripada SUPP terdiri daripada Teng Ung Woo, Daniel Bujal, Tan Kai, Michael Tiang dan Soo Li Ching.

Riot juga dilaporkan sebagai telah hilang sabar dengan parti yang kerap membelakan­ginya dalam soal pelantikan manamana jawatan penting kerajaan seperti senator dan setiausaha politik.

M a l a h k a t a n y a , pengwujuda­n jawatan timbalan presiden II parti adalah berniat untuk menendang keluar beliau daripada parti.

Susulan perkara ini, dilaporkan bahawa Riot berkemungk­inan akan keluar SUPP dan menyertai parti lain.

Dr Sim bagaimanap­un enggan mengulas perkara itu tetapi pada masa yang sama berkata seperti UMNO, beliau tidak dapat menghalang mana-mana ahli untuk keluar parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia