Utusan Borneo (Sarawak)

Empat projek loji rawatan enap cemar septik di Sarawak ditangguh

-

KUCHING: Empatproje­kloji rawatan enap cemar septik di Sarawak telah ditangguhk­an kerajaan persekutua­n.

M e n t e r i K e r a j a a n Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata projek bernilai RM60 juta itu telah diluluskan kerajaan persekutua­n di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Bagaimanap­un katanya, kesemua empat projek itu telah ditangguhk­an kerajaan persekutua­n.

“Jabatan Perkhidmat­an Pembetunga­n pada 13 September telah menulis kepada Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli untuk empat projek ini diteruskan.

“Setakat ini, kita masih belum menerima sebarang maklum balas daripada kementeria­n berkenaan,” kata Dr Sim dalam ucapan penggulung­an bagi kementeria­n tersebut pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Jelas Dr Sim, tambahan empat loji ini masing-masing di Betong, Sarikei, Kapit dan Limbang dengan reka bentuk dimuktamad­kan Jabatan Perkhidmat­an Pembetunga­n.

Menyentuh mengenai p e m b i n a a n S i s t e m Pembetunga­n Bersepadu Miri, Fasa Pertama Pakej A melibatkan jaringan pembetunga­n, ia menurut Dr Sim telah mencapai kemajuan 31 peratus dan dijadual siap pada 2021.

Tender terbuka bagi Pakej B melibatkan pembinaan loji rawatan pembetunga­n bersepadu telah dibuka pada 20 Ogos dan ditutup pada 10 Oktober tahun ini.

Tender katanya, kini di bawah penilaian dan jumlah nilai skim bagi Pakej A dan B adalah RM428 juta.

Bagi Sistem Pembetunga­n Bersepadu Kuching pula, Kontrak Pakej 2 Zon 1 dengan peruntukan RM20 juta kini dijadual siap pada Januari 2019 dan kini telah 62 peratus siap.

Bagi kontrak pakej 2 pula telah dimulakan pada 15 September 2017 dan telah mencapai tujuh peratus kemajuan dan dijadual siap pada 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia