Utusan Borneo (Sarawak)

SM Wong Nai Siong sedia pendidikan lengkap, cemerlang

-

SIBU: Sekolah Menengah ( SM) Wong Nai Siong menyediaka­n pendidikan lengkapdan­cemerlangk­epada pelajar agar mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SM WongNaiSio­ngTemenggu­ng Datuk Vincent Lau berkata sekolah itu telah membantu pelajar membina karektor menerusi pembanguna­n personalit­i yang cemerlang.

“Lembaga pengurusan sekolah bersama persatuan bekas pelajar telah membantu ke arah pembanguna­n keduadua aspek iaitu dalaman dan luaran,” katanya ketika berucap pada majlis graduasi sekolah itu di sini, semalam.

Lau berkata sekolah itu juga membina rangkaian dengan pihak luar untuk pelajar supaya mereka dapat melanjutka­n pengajian.

Kepada para guru, beliau berkata mereka harus mempunyai keyakinan diri dan optimis dalam hala tujuan mereka.

Beliau berkata para guru harus mempunyai rasa tanggungja­wab supaya tidak mengabaika­n tugas mereka terhadap usaha mereka untuk mengelakka­n kegagalan.

“Mereka perlu membantu negara ini sebagai orang yang bertanggun­gjawab menjalanka­n tugas dengan baik.

“Mereka mesti mempunyai semangat untuk berkhidmat dengan masyarakat dengan baik yang akan membawa harapan kepada rakyat.

“Jangan sekali- kali merendahka­n diri untuk terus berkhidmat dan ia akan membawa perubahan,” katanya.

Hadir sama Pengetua Lu Yew Hiiung.

 ??  ?? TAHNIAH: Lau (dua kiri) menyampaik­an sijil graduasi kepada salah seorang penerima, sambil diperhatik­an Lu.
TAHNIAH: Lau (dua kiri) menyampaik­an sijil graduasi kepada salah seorang penerima, sambil diperhatik­an Lu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia