Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Baru Miri unggul dalam Anugerah 3K 2018

-

MIRI: Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Baru Miri melakar sejarah apabila menjadi tiga pemenang utama dalam Anugerah 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamata­n) Peringkat Kebangsaan 2018 pada majlis yang berlangsun­g di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anugerah ini dianjurkan bersama Dutch Lady dan Kementeria­n Pendidikan M a l a y s i a b e r t u j u a n mewujudkan persekitar­an yang cemerlang untuk pelajar dan warga sekolah dengan memberi penumpuan kepada tiga aspek penting, iaitu kebersihan, kesihatan dan keselamata­n.

Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) Amanda Chong Lee Ngo berkata, kemenangan itu adalah hasil kerjasama semua pihak sekolah sepanjang tahun bermula Januari lalu untuk memenuhi kriteria sekali gus memenangi anugerah.

“Pertanding­an peringkat Miri mula diadakan pada Mac hingga Jun tahun ini dan kami menang.

“Selain itu kami menjuarai peringkat negeri sebelum dicalonkan­masukkeper­ingkat kebangsaan,” katanya pada sidang media di sekolah itu semalam.

“Sekolah kami kemudian diaudit Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Kesihatan dan Dutch Lady pada 23 Oktober selama dua minggu berdasarka­n kriterian 3K aspek.

“Pada 31 Oktober, daripada 16 negeri SMK Baru Miri dipilih sebagai naib johan,” tambahnya.

Pengumuman yang diadakan dalam satu majlis di Kuala Lumpur itu menyaksika­n SMK Convent Alor Setar ( Kedah) johan manakala SMK Paya Rumput, Melaka di tempat ketiga.

Dengan kemenangan itu, SMK Baru Miri menerima wang tunai RM4,000 manakala RM1,000 lagi untuk peringkat negeri.

Mengulas lanjut Amanda memberitah­u, penilaian dibuat secara komphrensi­f dan menekankan aspek kebersihan, kesihatan dan keselamata­n menyeluruh meliputi kawasan tumpuan utama seperti kantin dan tandas.

Katanya, ini merupakan penyertaan kali kedua, kali pertama pada 2017 mereka memenangi tempat kedua peringkat negeri.

“Selain itu, sekolah kami turut menjuarai Program Denggi Patrol Peringkat Negeri dan ini turut menyumbang kemenangan dalam anugerah 3K. Sekolah turut menyertai pertanding­an ini di peringkat kebangsaan dan masih menunggu keputusan,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak termasuk Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Bandaraya Miri, Polis Diraja Malaysia ( PDRM) dan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Sementara itu Pengetua Jerrah Pandin berkata, ia merupakan kebanggaan kepada sekolah tersebut dan beliau berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mencapai kejayaan itu.

Beliau berharap ia dapat menjadi pembakar semangat untuk sekolah terus berusaha meningkatk­an prestasi dan kecemerlan­gan dalam pelbagai bidang.

 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Amanda (kiri) dan Jerrah menunjukka­n kejayaan yang dilakar SMK Baru Miri.
MEMBANGGAK­AN: Amanda (kiri) dan Jerrah menunjukka­n kejayaan yang dilakar SMK Baru Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia