Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas anggota polis antara dua terlepas hukuman mati

-

SHAH ALAM: Dua lelaki termasuk seorang bekas anggota polis berpangkat lans koperal terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaska­n mereka daripada tuduhan membunuh, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Azmi Ariffin memutuskan sedemikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap Kamarul Zaimi Kamaruddin, 38, yang tidak bekerja, dan bekas anggota polis itu, Mohamad Akir Abdul Aziz, 29 tahun.

Dalam penghakima­n ringkasnya, hakim Azmi berkata selepas meneliti hujahan semua pihak, nota prosiding dan keterangan semua saksi pendakwaan, pihaknya mendapati tiada keterangan secara langsung atau keterangan mengikut keadaan menunjukka­n bahawa kedua-dua lelaki itu telah melakukan pembunuhan.

“Pihak pendakwaan gagal kemuka prima facie kepada kedua-dua tertuduh. Justeru, mahkamah tiada pilihan selain melepas dan membebaska­n kedua-dua mereka daripada pertuduhan, tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Kamarul Zaimi dan Mohamad Akir didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Imra Nazli Rusdi, 28, di dalam reban ayam bersebelah­an padang permainan Pinggiran Sungai Long, Persiaran Sungai Long 1, Kajang dekat sini, kira-kira jam 10.09 pagi, pada 4 April, 2015.

Kedua-dua mereka yang ditahan pada 2015, dibicaraka­n mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematianny­a disebabkan kecederaan teruk di kepala berpunca daripada objek tumpul.

Seramai 19 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraa­n yang bermula awal tahun ini.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahida Wan Omar sementara Kamarul Zaimi diwakili peguam Rodzim Zaimy Abdul Hamid dan Mohamad Akir diwakili peguam Diar Isda Yazmin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia