Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Parlimen Arau mengaku tidak bersalah, dibebas dengan jaminan RM25,000 oleh anak dan menantu

-

KANGAR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencabul seorang gadis bawah umur Oktober lepas.

Ahli Parlimen Arau itu bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan selesai dibacakan kepadanya oleh pegawai Mahkamah dan mohon dibicaraka­n.

Beliau kemudianny­a dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM25,000 dan anaknya, Ameer Shafiq dan menantu, Muhamad Lokman Abdul Rashid bertindak sebagai penjamin.

Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Johari Hassan membuat keputusan itu selepas mendengar alasan peguam bela, Dhalia Rohana Abdul Latiff.

Dalam hujahnya, Dhalia Rohana berkata Shahidan yang merupakan bekas Menteri Besar Perlis juga mengetuai delegasi anggota- anggota Parlimen Malaysia ke persidanga­n antarabang­sa tidak mungkin melarikan diri atau sengaja tidak hadir untuk menghadapi pertuduhan kecuali mengalami masalah kesihatan.

Mengikut kertas pertuduhan, Shahidan didakwa melakukan gangguan fizikal dengan menyentuh tangan hingga ke bahu seorang kanak- kanak berumur 15 tahun 7 bulan dalam kenderaan dinaikinya di pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar pada 20 Oktober lepas, kira-kira jam 11.30 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Sebelum itu, Ketua Pendakwa Raya Perlis, Muhamad Nordin Ismail memohon mahkamah mengenakan ikat jamin yang tinggi kerana mengambil kira kes berprofil tinggi dan atas kepentinga­n umum.

Beliau juga memohon mahkamah menahan pasport antarabang­sa tertuduh.

Shahidan yang hadir dengan berkot hitam dan bersongkok diiringi isterinya, Datin Seri Shamsiah Mohd Yassin tiba kira-kira jam 8.20 pagi bersama kira-kira 50 orang penyokong.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Jan depan untuk mendengar semula sebutan kes itu.

Sebaik sahaja Mahkamah membuat keputusan, Shahidan meminta izin untuk bercakap dan diberi kebe-

Saya berdoa agar keadilan dan kebenaran ditegakkan…… Allahuakba­r. Datuk Seri Shahidan Kassim Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri

naran oleh Hakim.

Shahidan melahirkan rasa hairan mengapa mahkamah mengeluark­an waran tangkap tanpa notis dan membuat pertuduhan tanpa memaklumka­n kepada beliau atau peguamnya terlebih dahulu.

“Saya berdoa agar keadilan dan kebenaran ditegakkan... Allahuakba­r,” katanya lagi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Shahidan didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencabul seorang gadis bawah umur Oktober lepas.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Shahidan didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencabul seorang gadis bawah umur Oktober lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia