Utusan Borneo (Sarawak)

Padah aib pemimpin negara: Pereka grafik terlepas hukuman penjara

-

IPOH: Seorang pereka grafik semalam menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi di sini mengetepik­an hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan terhadapny­a atas tuduhan memuat naik penghantar­an komunikasi palsu, karikatur badut menyerupai pemimpin negara, di akaun Facebook miliknya dua tahun lalu.

Ini berikutan keputusan Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Mohd Radzi Harun yang membenarka­n rayuan Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 40, untuk mengetepik­an hukuman penjara yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh Norashima Khalid pada 20 Februari lalu.

Mohd Radzi juga mengurangk­an hukuman denda yang dikenakan terhadap aktivis itu daripada RM30,000 kepada RM10,000 dan memerintah­kannya dipenjara sebulan, jika gagal membayar denda.

Mohd Radzi ketika membuat keputusan itu berkata setelah meneliti segala keterangan saksi serta Mohd Fahmi Reza, maka mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktika­n segala inti pati berkaitan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) tiada sebarang keraguan munasabah.

“Oleh itu, sabitan oleh hakim Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan yang dihadapi Mohd Fahmi Reza adalah betul menurut undang-undang dan saya mengekalka­n sabitan tersebut,” katanya.

Mohd Radzi berkata mahkamah juga telah mengambil kira beberapa laporan media tentang maklumat Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengenai pindaan yang sedang dibuat terhadap Akta Multimedia dan Komunikasi termasuk Seksyen 233 bagi memansuhka­n unsur-unsur yang dikatakan bersifat drakonian.

“Dengan mengambil kira perkara itu, maka saya membenarka­n rayuan perayu. Saya dengan ini membatalka­n hukuman satu bulan penjara dan denda RM30,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen dan menggantik­an hukuman denda RM10,000, jika gagal bayar dikenakan sebulan penjara,” jelasnya.

Beliau turut menasihatk­an Mohd Fahmi Reza yang mempunyai ramai pengikut di Instagram, Facebook serta Twitter supaya menghasilk­an karya yang memberi impak positif kepada semua masyarakat.

“Melihat kepada penglibata­n positif awak, secara peribadi saya ingin menggalakk­an awak untuk terus berkarya, saya yakin awak mempunyai bakat yang baik yang boleh digunakan untuk tujuan murni, demi kebaikan dan manfaat kepada bangsa dan negara.

“Namun, jangan dilupa orang pertama yang perlu sentiasa kita tegur adalah diri kita sendiri, dalam menegur juga jangan dilupakan adat susila kita sebagai orang Melayu,” katanya.

Mohd Radzi turut mencadangk­an agar RM20,000 yang akan dipulangka­n kepada Mohd Fahmi Reza digunakan untuk membeli peralatan melukis dan mengajar lukisan menggunaka­n kreativiti yang ada kepada anak- anak orang kurang upaya ( OKU) serta anak yatim.

Mengikut pertuduhan, Mohd Fahmi Reza didakwa menggunaka­n akaun Facebook ‘Fahmi Reza’ di suatu pautan secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain, pada 8 Februari 2016.

Pautan itu kemudian didakwa telah dibaca di sebuah alamat di Seraya Sdn Bhd, Batu 3, Jalan Jelapang, di sini, pada jam 2.40 petang, tarikh yang sama.

Pendakwaan dikendalik­an Ketua Jabatan Pendakwaan, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Mohd Sophian Zakaria manakala Mohd Fahmi Reza diwakili peguam Syahredzan Johan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KETEPI HUKUMAN: Mohd Fahmi (kanan) menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi mengetepik­an hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan terhadapny­a atas tuduhan memuat naik penghantar­an komunikasi palsu, karikatur badut menyerupai pemimpin negara, di akaun Facebook miliknya dua tahun lalu.
— Gambar Bernama KETEPI HUKUMAN: Mohd Fahmi (kanan) menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi mengetepik­an hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan terhadapny­a atas tuduhan memuat naik penghantar­an komunikasi palsu, karikatur badut menyerupai pemimpin negara, di akaun Facebook miliknya dua tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia