Utusan Borneo (Sarawak)

Tragedi Zara: Ibu tidak dapat terima penjelasan pengasuh

-

KUALA LUMPUR: Pengasuh kepada Nur Muazara Ulfa Muhammad Zainal memberi alasan tidak tahu apa yang berlaku apabila disoal oleh ibu bayi malang itu mengenai kecederaan yang dialami anak keduanya itu.

“Kalau abe (suami) akak salah, akak terima je (sahaja) .. sbb aku btl2 (betul-betul) xth (tak tahu)...skrg (sekarang) ni abe (abang) kat balai polis … kalau ye (betul) salah akak terima,” itu respons balas pengasuh berkenaan melalui aplikasi WhatsApp kepada ibu Zara, Noraihan Ab Aziz, 22, pada Khamis lepas.

Jawapan itu diberi selepas Noraihan menyoal beliau tentang kesan koyakan sehingga satu sentimeter di kemaluan anaknya berusia 11 bulan selain mendesak pengasuh itu untuk berterus terang sama ada suaminya melakukan perkara terkutuk tersebut.

“Kalau disebabkan tercekik buah epal, macam mana kepala bayi saya boleh retak tiga tempat, macam mana kemaluan anak saya boleh terkoyak? Hati saya kuat mengatakan suami akak bersalah,” soalnya kepada pengasuh menerusi aplikasi WhatsApp tetapi pengasuh hanya meminta maaf dan membalas tidak tahu-menahu akan perkara itu.

Noraihan dimaklumka­n pihak Hospital Serdang pada petang Rabu bahawa Zara dihantar ke hospital itu oleh pengasuh dan suaminya selepas pasangan itu mendakwa bayi berkenaan tercekik epal.

Mesej WhatsApp bertarikh 8 November itu didedahkan kepada Bernama semalam.

Zara meninggal dunia pada Jumaat selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, dipercayai akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhny­a sendiri.

Menjelaska­n mengenai kecaman masyarakat bahawa beliau lambat bertindak setelah mendapati kesan lebam pada tubuh Zara, ibu kepada dua anak itu menjelaska­n beliau terpaksa menghantar Zara kepada pengasuh tersebut sementara mengambil pengasuh baharu.

“Saya terpaksa hantar Zara minggu tersebut kerana tiada pengasuh lain dan saya pujuk diri saya, tak apa, minggu ini sahaja, bertahanla­h sehingga saya dapat berhubung dengan pengasuh lain,” katanya sebak mengenangk­an kisah itu.

Zara selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Lubok Gong, Kelantan, jam 7.50 pagi Sabtu.

Suami pengasuh yang bekerja sebagai pengguntin­g rambut ditahan reman selama lima hari sehingga 13 November dan ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati positif Methamphet­amine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia