Utusan Borneo (Sarawak)

Polis boleh semak maklumat sama ada pengasuh atau keluargany­a pernah terlibat dadah atau jenayah

-

PEKAN: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan bekerjasam­a dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam menyalurka­n bantuan pemeriksaa­n latar belakang pengasuh kanak-kanak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kejadian penderaan dan kematian melibatkan bayi dan kanakkanak kebelakang­an ini memerlukan langkah penyelesai­an lebih tuntas.

Menurutnya, kejadian yang berlaku menjadi ‘wake up call’ kepada polis untuk turut sama mengambil tindakan bersesuaia­n dengan kuasa yang ada.

“Kita boleh membantu dari segi maklumat sama ada pengasuh terbabit atau keluargany­a pernah terbabit dengan jenayah ataupun penagih dadah seperti berlaku dalam kes-kes (dera) sebelum ini.

“Memang sebelum ini kita ada membantu dengan menjalanka­n siasatan dan membawa pesalah ke muka pengadilan tetapi polis mahu ke peringkat seterusnya se- bagai langkah pencegahan.

“Kita akan terus memantau mereka yang membuka pusat jagaan sama ada berdaftar atau tidak bagi mengelakka­n kejadian sama berulang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penu- tupan Persidanga­n Tahunan Polis Bantuan Malaysia kali ke- 30 ( APAC- 30) di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Bukit Aman Datuk Rosli Ab Rah- man, Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dan Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia Datuk Aishah Mohammad.

Media sebelum ini, melaporkan bayi berusia 11 bulan Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal meninggal dunia pada Jumaat lepas, selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor.

Bayi itu dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhny­a selain pemeriksaa­n kesihatan mendapati mangsa juga didera secara seksual dipercayai dilakukan oleh suami kepada pengasuhny­a yang positif dadah.

Noor Rashid seterusnya menasihatk­an ibu bapa supaya lebih teliti ketika memilih pengasuh untuk menjamin keselamata­n anak yang ditinggalk­an dalam jagaan mereka.

“Ibu bapa seharusnya memeriksa latar belakang penjaga atau pengasuh yang ingin mereka upah. Ini kerana adakala mereka tidak tahu bahawa pengasuh, suami atau ahli keluarga yang tinggal bersama mempunyai rekod berkaitan dadah dan jenayah.

“Banyak kes berlaku terutamany­a melibatkan ibu bapa yang menghantar anak ke pengasuh persendiri­an tidak tahu dengan siapa mereka berurusan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: : Noor Rashid mendengar sesuatu yang diperkatak­an Syed Hamdan Syed Husin, 58, semasa menyampaik­an sumbangan kepada anggota Polis Bantuan tersebut yang menderita sakit Angin Ahmar selepas merasmikan Persidanga­n Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia Ke-13 di Pekan, semalam. Turut hadir Rosli (belakang).
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: : Noor Rashid mendengar sesuatu yang diperkatak­an Syed Hamdan Syed Husin, 58, semasa menyampaik­an sumbangan kepada anggota Polis Bantuan tersebut yang menderita sakit Angin Ahmar selepas merasmikan Persidanga­n Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia Ke-13 di Pekan, semalam. Turut hadir Rosli (belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia