Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 20 rumah di Jerlun rosak teruk akibat dilanda ribut

-

JERLUN: Lebih 20 rumah di beberapa kampung di Ayer Hitam dekat sini rosak teruk akibat dilanda ribut kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Matang Paku, Kampung Matang Bonglai, Kampung Pida 7 dan Kampung Pida 8.

Menurut penduduk, Afeqah Muhamad, 24, kejadian kali kedua berlaku sejak 24 tahun lalu itu menyebabka­n kebanyakan bumbung rumah diterbangk­an angin serta merosakkan sebahagian siling dan dinding rumah.

“Angin cukup kuat menyebabka­n keseluruha­n bumbung bahagian dapur rumah saya jatuh menimpa meja makan dan perkakasan elektrik dapur. Ketika itu saya di dalam bilik air dan sempat lari keluar ke ruang tamu bersama empat ahli keluarga lain.

“Ketika di ruang tamu kami menjerit dan melaungkan azan sebelum bumbung di ruang tamu pula tercabut dan diterbangk­an angin, kami cuba keluar selamatkan diri, namun tak berani takut ditimpa bumbung garaj di luar,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Ariff Yusof, 25 pula berkata, kejadian itu menyebabka­n sebahagian bumbung rumahnya diterbangk­an angin sejauh lebih 30 meter ke dalam kawasan sawah berhampira­n kediamanny­a.

“Angin sangat kuat sampai tingkap rumah saya yang dikunci boleh tercabut sebelum bunyi macam letupan kuat di bumbung, kami sedar bumbung diterbangk­an angin apabila hujan mencurah-curah masuk ke dalam rumah dan merosakkan keseluruha­n perabot serta barangan elektrik,” katanya.

Katanya, walaupun kejadian mencemaska­n itu berlaku hanya tiga minit, ibunya Noraini Bakar, 55, mengalami trauma dan mengambil keputusan menumpang di rumah saudara-mara terdekat buat masa ini.

Sementara itu, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Aziz Mahamud melawat rumah-rumah penduduk yang terjejas dan menyampaik­an bantuan awal berupa wang tunai sebanyak RM200 kepada setiap keluarga.

Katanya, pelbagai agensi dan jabatan kerajaan seperti Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) serta penduduk turut bergotongr­oyong membantu membersihk­an kawasan rumah penduduk yang terjejas.

“Bantuan berupa bahan binaan sebanyak RM5,000 daripada Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n (ICU) akan diberikan selepas ini bagi meringanka­n beban penduduk serta membolehka­n mereka membaik pulih rumah masing-masing,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ROSAK TERUK: Afeqah Muhamad, 24, (kanan) melihat bumbung bahagian dapur rumahnya yang roboh dalam kejadian dalam kejadian ribut semalam di Kampung Matang Paku Dekat Jerlung, semalam.
— Gambar Bernama ROSAK TERUK: Afeqah Muhamad, 24, (kanan) melihat bumbung bahagian dapur rumahnya yang roboh dalam kejadian dalam kejadian ribut semalam di Kampung Matang Paku Dekat Jerlung, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia