Utusan Borneo (Sarawak)

Unit udara JBPM hantar bayi ke IJN melalui penerbanga­n ihsan

-

KOTA BHARU: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan yang menghidap penyakit jantung dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur melalui penerbanga­n ihsan oleh Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), semalam.

Bayi berkenaan, Aisha Hana Humaira Mohd Fatah ditemani ibunya, Farhana Khalid, 31, dan pegawai perubatan iaitu Dr Khoirani Omar serta pasukan perubatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Kumpulan berkenaan berlepas dengan menaiki helikopter Agusta Westland AW139 dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.

Pengarah JBPM Kelantan, Nazili Mahmood berkata, pesawat Augusta AW139 itu dikemudi oleh juruterban­g, Kapten Faizal Izani Azizan dan dibantu Kapten Leong Cheong Meng, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Norhasrul Mohd Nordin dan Pegawai Bomba Kanan II, Hasnol Effandy Hashim.

Nazili berkata, berdasarka­n maklumat bayi terbabit berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan­nya menjalani pembedahan segera di IJN bagi merawat penyakit jantung.

Beliau berkata bayi berkenaan memerlukan tempoh perjalanan yang cepat dan tidak boleh dihantar menggunaka­n ambulans ataupun kereta api yang sudah pasti memakan masa antara lima atau enam jam.

Sementara itu, ibu bayi berkenaan, Farhana ketika ditemui memberitah­u bayi sulungnya itu dikesan mengalami sesak nafas dan menjadi kebiruan ketika berusia 24 hari dan disahkan mengalami masalah jantung.

“Saya menyedari dia tidak sihat ketika usianya belum mencecah sebulan dengan tanda-tanda awal kukunya nampak kebiruan dan mengalami sesak nafas sebelum dihantar mendapatka­n rawatan di Hospital Uni- versiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

“Harapan saya dengan rawatan yang dilakukan di IJN agar dia sihat seperti biasa dan dapat membesar seperti kanak-kanak lain. Terima kasih juga kepada JBPM kerana membantu melakukan penerbanga­n ihsan hari ini (semalam),” katanya yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasek Selatan, Kuala Lumpur. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERGEGAS: Pegawai Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bergegas mengejarka­n bayi perempuan Aisha Hana Humaira ke Institut Jantung Negara menggunaka­n penerbanga­n ehsan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama BERGEGAS: Pegawai Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bergegas mengejarka­n bayi perempuan Aisha Hana Humaira ke Institut Jantung Negara menggunaka­n penerbanga­n ehsan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia