Utusan Borneo (Sarawak)

Ketepikan sentimen balas dendam ketika bahas Belanjawan 2019: Khairy

-

KUALA LUMPUR: Semua ahli Parlimen perlu mengetepik­an sentimen balas dendam dan serangan ketika membahaska­n Rang UndangUnda­ng Perbekalan 2019 bagi kebaikan semua pihak, kata Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata semua Ahli Parlimen harus positif semasa perbahasan kerana Belanjawan 2019 itu dianggap amat penting bukan hanya kerana ia belanjawan julung kerajaan baharu, tetapi juga impak kepada ekonomi negara memandangk­an ramalan ekonomi yang malap dijangkaka­n pada tahun depan.

“Saya ingin mengambil peluang untuk mengajak YB (Yang Berhormat) baik dari- pada rakan pembangkan­g mahupun kerajaan, agar perbahasan pertama dalam Malaysia baharu ini bersemanga­t positif, berintikan idea bernas dan bukannya didorong semangat balas dendam dan berintikan serangan kerana akhirnya perbahasan ini adalah untuk kebaikan semua,” katanya pada perbahasan peringkat dasar di persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Katanya, kegusaran terhadap ramalan ekonomi yang malap bukan hanya dirasakan oleh rakyat biasa dan syarikat swasta, tetapi juga dikongsi badan-badan ekonomi antarabang­sa.

“Sebagai rekod, pertumbuha­n ekonomi dunia dijangka berkembang 3.7 peratus pada 2018 dan 2019, lebih rendah daripada unjuran awal Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) iaitu 3.9 peratus.

“Prospek pertumbuha­n global dijangka lebih rendah berikutan keadaan kewangan yang ketat, ancaman perdaganga­n yang meningkat dan ketegangan geopolitik,” katanya.

Pada 2 Nov lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumka­n kerajaan memperuntu­kkan RM314.5 bilion untuk Belanjawan 2019 berbanding RM209.4 bilion pada Bajet 2018.

Daripada jumlah tersebut, RM259.8 bilion adalah bagi perbelanja­an mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanja­an pembanguna­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia