Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sudah buat keputusan namun Maszlee minta sedikit masa

-

KUALA LUMPUR: Perbahasan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pada sidang Dewan Rakyat semalam diselubung­i emosi ketika beliau mengetenga­hkan isu pemberian subsidi kepada golongan petani dan menggesa supaya kerajaan mempertimb­angkan semula penguranga­n subsidi itu.

Katanya, isu itu amat dekat di hatinya dan beliau sangat terkesan dengan lawatannya ke beberapa daerah di Sarawak baru-baru ini apabila berpeluang mendekati dan melihat sendiri kesusahan yang dilalui golongan petani dan penanam lada hitam di situ.

“Petani-petani ini bekerja amat, ... Tuan Speaker, ia amat teruk… ia amat teruk,” katanya sambil menahan sebak semasa membahaska­n Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat dasar.

Terdahulu, Johari yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan melahirkan rasa terkejut terhadap penguranga­n peruntukan subsidi kepada golongan itu seperti dalam pembentang­an Belanjawan 2019 kerana ia disifatkan boleh menjejaska­n kehidupan golongan berkenaan.

“Saya agak terkilan kerana subsidi baja padi untuk tahun hadapan dipotong sebanyak 50 peratus. Jika subsidi dipotong, sebagai anak petani saya amat yakin produktivi­ti kita juga pada tahun hadapan akan terpotong sebanyak 50 peratus.

“Saya berharapka­n kerajaan melihat balik untuk memberikan subsidi ini kepada mereka. Tolong, jika potong jugai (subsidi) amat teruk,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub dilaporkan berkata biarpun terdapat penguranga­n peruntukan, pihaknya hanya akan melaksanak­an subsidi bersasar kepada golongan itu bagi memastikan hanya mereka yang benar- benar layak menerima subsidi berkenaan. — Bernama PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dinasihatk­an supaya melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) dengan segera, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kerajaan dan parti telah membuat keputusan tersebut namun Ahli Parlimen Simpang Renggam itu meminta sedikit masa untuk berbuat demikian.

“Ini keputusan kerajaan dan juga parti, dan beliau tahu dan terima keputusan tersebut...atas sebab itu saya suka menasihatk­an beliau untuk berbuat demikian secepat yang mungkin,” katanya mengulas kedudukan Maszlee sebagai Presiden UIAM yang dipersoalk­an kelayakann­ya kerana memegang portfolio sebagai menteri Kabinet.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Bertindak Penguatkua­saan Undang-Undang (JPU) di sini semalam yang turut dihadiri Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke.

Sebelum ini, media memetik kenyataan pegawai khas Maszlee bahawa Maszlee akan melepaskan jawatan tersebut

Ini keputusan kerajaan dan juga parti, dan beliau tahu dan terima keputusan tersebut...atas sebab itu saya suka menasihatk­an beliau untuk berbuat

mungkin.” demikian secepat yang Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Dalam Negeri

selepas menyelesai­kan beberapa isu termasuk mencari pengganti.

Maszlee dilantik sebagai Presiden UIAM ketujuh selama tiga tahun pada September lepas setelah diperkenan­kan oleh Ketua Perlembaga­an UIAM, Sultan Ahmad Shah. Beliau menggantik­an Tan Sri Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lepas.

Berhubung hasrat Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju untuk menyertai BERSATU, Muhyiddin berkata parti itu mempunyai prinsip dan hanya menerima individu yang tidak memiliki rekod buruk.

“Orang kenal dia ( Ali Tinju) bukan atas cerita yang bagus ...takkan orang macam itu kita nak terima masuk,” katanya.

Ditanya berkenaan sokongan terbuka wakil rakyat DAP terhadap Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum ( ICERD), Muhyiddin berkata beliau tiada masalah mengenainy­a kerana keputusan akhir meratifika­si ICERD terletak kepada kerajaan.

“Kita tidak membataska­n sesiapa daripada mengemukak­an pandangan kerana pada akhirnya kerajaan yang akan membuat keputusan dan kami bertanggun­gjawab memutuskan yang terbaik untuk negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Muhyiddin ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Bertindak Penguatkua­saan Undang-undang (JPU) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Kementeria­n Dalam Negeri dekat Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Anthony (kiri).
— Gambar Bernama JAWAB: Muhyiddin ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Bertindak Penguatkua­saan Undang-undang (JPU) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Kementeria­n Dalam Negeri dekat Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Anthony (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia