Utusan Borneo (Sarawak)

Garis panduan OSHCIM akan jadi mandatori tahun 2020

-

PETALING JAYA: Kementeria­n Sumber Manusia bercadang untuk memandator­ikan garis panduan ‘Occupation­al Safety and Health in Constructi­on Industry(Management)’ (OSHCIM) untuk setiap pemaju industri terutamany­a sektor pembinaan mematuhi piawaianny­a menjelang tahun 2020.

Sehubungan itu, timbalan menterinya, Datuk Mahfuz Omar menyaranka­n agar setiap pemaju industri mengikuti syor- syor atau piawaian dalam garis panduan tersebut yang ditetapkan oleh Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kesihatan (JKKP), sebelum ia dilaksanak­an sebagai mandatori kelak.

“Pendekatan baharu (atau pelaksanaa­n) tersebut bagi mencapai matlamat untuk menurunkan risiko kadar kemalangan dan kematian pekerja di negara ini daripada peringkat awal projek pembinaan yang melibatkan semua pihak.

“Berdasarka­n peruntukan undang-undang sedia ada, tanggungja­wab Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) digalas sepenuhnya oleh kontraktor serta penguatkua­saannya yang dijalankan JKKP hanya terhad kepada kontraktor sahaja.

“Oleh itu, kementeria­n sedang dalam fasa meminda Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan ( AKKP) 1994 bagi mewujud dan menambah baik peruntukan berkaitan tanggungja­wab kontraktor, pemaju atau pemilik dan pereka untuk membuat penaksiran risiko.

“...serta mewajibkan duty holders mengambil peduli atau cakna terhadap isu KKP dari awal fasa projek pembinaan,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Projek Rintis Pematuhan Garis Panduan OSCHIM, di tapak projek pembinaan Sunway Serene di sini semalam.

OSHCIM merupakan konsep penyingkir­an punca bahaya melalui reka bentuk sebelum fasa pembinaan bermula.

Ia juga berkaitan dengan pembanguna­n mampan, kebertangg­ungjawaban, dan ketahanan kepada perubahan yang akan menyemarak­kan inovasi dalam KKP, khasnya dalam sektor pembinaan.

“Melalui reka bentuk atau safe-by-design yang terkandung dalam garis panduan OSHCIM, ia perlu diambil peduli oleh setiap duty holders dari permulaan cadangan projek pembinaan,” kata Mahfuz.

Majlis pelancaran projek rintis tersebut adalah anjuran JKKP dengan kerjasama Majlis Negara bagi Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dan Sunway Constructi­on Sdn Bhd.

Pada majlis itu, Mahfuz menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada enam pemaju sektor pembinaan yang terlibat dalam projek rintis pematuhan garis panduan OSHCIM, antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), IJM Corporatio­n Berhad dan Mah Sing Group Berhad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia