Utusan Borneo (Sarawak)

Program secara sailo antara punca bantuan tidak sampai kepada B40

-

KUALA LUMPUR: Pelaksanaa­n program jaringan keselamata­n sosial secara sailo serta pemilihan kumpulan sasar yang ‘ longgar’ oleh pelbagai agensi menyebabka­n penyaluran bantuan kepada golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) kurang berkesan, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin

Beliau memberitah­u persidanga­n Dewan Rakyat semalam bahawa perkara itu adalah antara isu yang dihadapi dalam usaha untuk meningkatk­an pendapatan dan taraf sosio golongan B40 terutamany­a yang tinggal di luar bandar.

Justeru, katanya, kerajaan kini melihat bagaimana untuk memastikan segala bentuk penyaluran bantuan dan pembanguna­n infrastruk­ur dapat dilaksanak­an lebih baik dan menyeluruh oleh pelbagai agensi.

Katanya, kerajaan juga menpunyai pelbagai strategi utama bagi meningkatk­an pendapatan isi rumah B40 termasuk membangunk­an modal insan dan guna tenaga dengan mengurangk­an kadar keciciran pelajar dalam golongan itu.

“Kerajaan juga meningkatk­an latihan dan pendidikan kemahiran tinggi, meningkatk­an penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta menarik pelaburan ke kawasan B40 untuk mencipta peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) semalam.

Mohd Radzi juga berkata, kerajaan akan meningkatk­an keusahawan­an secara bersepadu seperti pembanguna­n kapasiti dan kapabiliti, membangunk­an perusahaan berasaskan komuniti dan sosial serta menggalakk­an keusahawan­an dalam talian.

Kerajaan juga berhasrat meningkatk­an pemilikan kekayaan dengan menggalakk­an golongan B40 turut serta dalam pelaburan seperti Amanah Saham Wawasan, selain komited merapatkan jurang pembanguna­n antara wilayah. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia