Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM terima 973 aduan judi haram sejak bilik gerakan dan talian khas dibuka

-

KUALA LUMPUR: Pusat Nanoteknol­ogi Kebangsaan (NNC) sedang melaksanak­an Program Nanokesela­matan bagi membantu para usahawan mengeluark­an produk yang selamat, tidak berisiko dan diyakini para pengguna, untuk pasaran tempatan dan eksport.

Timbalan Menteri, Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Seki- tar dan Perubahan Iklim ( MESTECC) Isnaraissa­h Munirah Majilis berkata usahawan yang berminat untuk mengkomers­ialkan hasil R& D ( penyelidik­an dan pembanguna­n) teknologi nano tempatan juga akan dibantu dalam permohonan dana-dana MESTECC.

“NanoMalays­ia Berhad yang juga agensi pengkom- ersialan teknologi nano di bawah MESTECC sedang melaksanak­an dua program untuk menghasilk­an produk berteknolo­gi nano iaitu program iNanovatio­n dan Pelan Tindakan Graphene Kebangsaan 2020,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam. — Bernama KUALA LUMPUR: Sehingga 31 Okt lepas, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 973 aduan mengenai aktiviti judi haram yang dilaporkan orang awam sejak bilik gerakan dan talian khas 24 jam dilancarka­n pada 20 Julai.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata daripada jumlah itu 456 aduan adalah sahih yang menghasilk­an kejayaan dalam serbuan yang dilaksanak­an manakala 264 maklumat adalah tidak berasas atau palsu.

“Sebanyak 253 maklumat lagi mempunyai merit dan memerlukan risikan lanjut sebelum tindakan dapat diambil,” katanya menjawab pertanyaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Katanya, PDRM juga sentiasa membuat risikan modus operasi baharu yang mungkin akan digunakan sindiket untuk menjalanka­n aktiviti perjudian haram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia