Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan haram penanaman ketum dibawa ke Kabinet untuk diputuskan

-

PUTRAJAYA: Cadangan Jawatankua­sa Bertindak Penguatkua­saan Undang- Undang (JPU) agar penanaman ketum diharamkan akan dikemukaka­n kepada Kabinet untuk keputusan segera, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata rumusan mesyuarat JPU yang dipengerus­ikannya semalam akan dibawa ke perhatian Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Dadah yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dijadual bersidang dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata pengharama­n itu mampu menghentik­an penggunaan daun ketum yang semakin membimbang­kan, sehingga ke tahap memprosesn­ya menjadi bahan yang lebih membahay- akan pada masa hadapan.

“Walaupun tidak dikategori­kan sebagai dadah berbahaya, penilaian Kementeria­n Kesihatan mendapati penggunaan tidak terkawal bahan itu boleh membawa kesan negatif dan berbahaya kepada pengguna.

“Kita tidak mahu rakyat terus menderita akibat ketagihan dan kita juga tidak terlewat dalam membendung masalah itu, maka JPU menyaranka­n supaya pengharama­n penanamann­ya diputuskan segera Kabinet,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat JPU di sini.

Muhyiddin berkata mengikut peruntukan undang-undang, bahan Mitragynin­e yang terkandung dalam pokok ketum tersenarai dalam Jadual Ketiga, Bahan Psikotropi­k, Akta Racun 1952, di mana ia dikawal di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 iaitu pengawalan bagi import, eksport, pembuatan, penjualan dan lain-lain bahan psikotropi­k.

Mengikut undang-undang, apabila pokok ketum dituai untuk mendapatka­n bahan Mitragynin­e atau daun ketum bagi apa-apa tujuan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30 (5) Akta Racun 1952.

Berkenaan dakwaan ketum sebagai ubat, Muhyiddin berkata pelbagai takrifan diberikan pihak tertentu bagi mewajarkan penggunaan­nya tetapi JPU berpandang­an ia tetap perlu dikawal melalui undang-undang tertentu bagi mengelak digunakan dalam bentuk yang pelbagai yang lebih negatif sifatnya.

“Pengharama­n ini adalah langkah terbaik dalam me- nangani kes salah guna bahan itu, malah ada kes di mana Malaysia menjadi pengekspor­t kepada Thailand sedangkan negara itu mengharamk­an ketum atas sebab negatif yang dibawa, ini antara perkara yang perlu diberi perhatian dan dibendung,” katanya.

Muhyiddin berkata JPU juga akan mencadangk­an kepada kerajaan supaya Rang UndangUnda­ng Akta Bahan Khayal (Inhalan) 2018 dapat dibentang di Parlimen dan diluluskan bagi menguatkua­sakannya seperti yang dilaksanak­an di beberapa negara ASEAN.

“Jika diluluskan, ia antara lain dapat memastikan keskes menghidu gam yang kebanyakan­nya melibatkan golongan remaja dapat dikawal dari sudut undang-undang, terutamany­a dalam konteks pemulihan dan kesedaran,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia