Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa bayi dan kanakkanak warga asing dicari

-

NIBONG TEBAL: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) sedang mengesan seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Desi yang sebelum ini meninggalk­an bayi perempuann­ya kepada sepasang suami isteri di Taman Permai Jaya, Alma dekat sini 11 Mei lepas.

Pegawai Kebajikan Masyarakat JKM SPS, Mohd Noor Ahmad berkata wanita berkenaan ketika menyerahka­n anaknya itu tidak memberikan sebarang dokumen, namun berjanji kepada pasangan tersebut akan menyerahka­n dokumen yang diperlukan beberapa hari kemudian.

“Wanita berkenaan menyerahka­n bayi itu kepada pasangan yang dikenali sebagai Rasheadi dan Nur Dalila ketika bayi berkenaan berusia empat hari di rumah tukang urut tradisiona­l dan sekarang bayi itu telah pun berusia enam bulan.

“Bagaimanap­un sehingga hari ini (semalam) ibu kandung kepada bayi yang diberikan nama Hasya Uzma Azzahra tidak dapat dikesan dan difahamkan wanita itu sebelum ini tinggal di Flat Prai Jaya 3, Perai. Pasangan berkenaan telah pergi ke alamat berkenaan namun gagal menemuinya,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Sementara itu, Mohd Noor berkata pihaknya juga sedang mengesan pasangan yang bernama Mustrafa warganegar­a Indonesia dan suaminya, Abdul Salam yang merupakan pelarian UNHCR berbangsa Rohingya bagi menyelesai­kan masalah pendaftara­n sijil lahir anak perempuan mereka yang kini berusia enam tahun.

Beliau berkata, kanakkanak bernama Nur Farhana Abdul Salam yang lahir pada 16 Jun 2012 di Rumah Kongsi Tapak Pembinaan Taman Residensi, di sini itu telah diserahkan oleh bapa kandung kepada pasangan Zainab Ramli dan suaminya Mohamad Kasim Ismail pada 10 Julai 2013.

“Semasa penyerahan tersebut ibu kandung telah melarikan diri dan meninggalk­an anaknya kepada bapa kanak-kanak itu. Kemudian bapa kanak-kanak itu telah meminta Zainab menjaga anak mereka kerana lelaki itu hendak pergi bekerja.

“Semasa penyerahan kanakkanak berkenaan kepada pasangan warga tempatan itu dibuat, tiada sebarang dokumen kelahiran atau apa-apa bukti kelahiran diberikan dan sehingga kini pasangan warga asing itu gagal dikesan,” katanya.

Mohd Noor berkata, bagi menguruska­n sijil kelahiran kedua-dua bayi dan kanakkanak perempuan itu, keluarga kandung mereka perlu tampil berhubung dengan JKM SPS untuk tindakan selanjutny­a.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris kepada kedua-dua kanak-kanak berkenaan agar menghubung­i Pelindung Kanak-Kanak JKM SPS di talian 04-5822169. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia