Utusan Borneo (Sarawak)

SBK boleh mohon tukar status untuk tampung kos operasi

-

KUALA LUMPUR: Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) yang menghadapi masalah untuk menampung kos operasi sekolah disaran untuk menukar status sekolah mereka kepada sekolah kerajaan, kata Menteri Pendidikan Dr Mazslee Malik.

Beliau memberitah­u persidanga­n Dewan Rakyat semalam bahawa langkah ini bagi membolehka­n segala perbelanja­an mengurus dan pembanguna­n insfrastru­ktur dapat ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Dalam itu, beliau berkata perhatian dan peruntukan kewangan serta perhatian yang sewajarnya juga sentiasa diberikan kementeria­n itu kepada SBK termasuk peruntukan mengurus yang merangkumi emolumen dan elaun guru, bayaran utiliti, kawalan keselamata­n dan pembersiha­n kawasan, pemberian bantuan geran per kapita (PCG) dan peralatan pengajaran serta pembelajar­an.

Jelasnya kementeria­n turut menyediaka­n peruntukan bantuan modal dan Pakej Ransangan Khas walaupun aspek infrastruk­tur SBK adalah di bawah tanggungja­wab Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).

“SBK menerima bantuan kewangan yang komprehens­if daripada kerajaan melalui belanjawan tahunan kerajaan termasukla­h membaik pulih bangunan sekolah yang uzur dan tidak selamat digunakan bagi memastikan semua murid dan guru yang berada di sekolah dalam keadaan selamat, ceria dan gembira,” katanya menjawab soalan lisan Natrah Ismail ( PHSekijang).

Maszlee berkata pemantauan juga dilakukan bagi memastikan bantuan peruntukan yang disalurkan benarbenar mencapai sasarannya. — Bernama

Stigma masyarakat sangat kuat terhadap individu yang bermasalah (sama ada terlibat jenayah atau masalah sosial) dan sukar beri peluang kepada mereka. Jadi kerajaan akan cari jalan bagaimana kita nak bantu mereka. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia dan Sukan

bagaimana kita bantu mereka dapatkan kerja...bagaimana kita nak mencapai mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penyelidik­an Belia Kebangsaan 2018 (YOURS’18) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Seminar bertemakan ‘Mendepani Cabaran Agenda Sosial ke Arah Kesejahter­aan Belia’ yang berlangsun­g selama dua hari bermula semalam itu membawa enam isu utama antaranya gejala sosial, ketagihan skrin, kesihatan mental dan lain-lain isu pembanguna­n belia.

YOURS’ 18 anjuran Institut Penyelidik­an Pembanguna­n Belia Malaysia (IYRES) itu menyaksika­n sebanyak 45 artikel atau kertas kerja penye- lidikan oleh ahli akademik, penyelidik daripada agensi kerajaan serta para siswazah daripada pelbagai bidang bakal dibentang.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata kementeria­n juga komited untuk mencari penyelesai­an berhubung isu penganggur­an siswazah Bumiputera yang kini di tahap membimbang­kan.

“Perkara ini menyedihka­n kerana melibatkan banyak graduan Bumiputera yang berpendidi­kan tinggi. Soal ini kita akan cari punca adakah disebabkan suai padan (pasaran kerja) dengan kemahiran atau apakah sebenarnya di sebalik perkara ini.

“Kadar pasaran kerja bagi graduan TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional) pada kadar 96 peratus iaitu jauh lebih tinggi berbanding mereka yang ada ijazah. Kerajaan akan ambil kira pandangan semua pihak termasuk syarikat swasta dan agensi kerajaan untuk cari penyelesai­an bersama,” jelasnya.

Beliau mengulas Laporan Tinjauan Ekonomi Kementeria­n Kewangan 2019 yang meneliti kadar penganggur­an dalam kalangan rakyat Malaysia daripada tahap pendidikan yang berbeza, berdasarka­n statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2017.

Laporan itu menyebutka­n bahawa belia Bumiputera dengan pendidikan tinggi merekodkan kadar penganggur­an tertinggi pada tahun 2017 pada 4.6 peratus, jauh lebih tinggi daripada belia Bumiputera yang hanya mempunyai kelulusan sekolah menengah ( empat peratus). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia