Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem saringan lengkap bantu pengusaha industri kanak-kanak semak rekod pekerja

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang membangunk­an sistem saringan lengkap yang membolehka­n orang ramai khususnya pengusaha industri berkaitan kanak-kanak untuk menyemak rekod individu sebelum diambil bekerja.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh Tseow Suan berkata sistem itu yang dijangka bermula tahun depan dibangunka­n ekoran kes penderaan kanak- kanak yang semakin berleluasa masa kini.

“Melalui sistem ini, pihak sekolah pada masa depan, ibu bapa, institusi kanak-kanak, pusat jagaan dan pengusaha bas sekolah boleh melakukan semakan terhadap kakitangan atau pekerja bagi memastikan inidividu yang mempunyai rekod sabitan jenayah tidak diambil bekerja dalam industri berkaitan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Alice Lau Kiong Yieng ( DAP- Lanang) mengenai status terkini Daftar KanakKanak serta cabaran dalam pelaksanaa­nnya, dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Yeoh berkata, pada masa ini kementeria­n telah mengadakan mesyuarat dengan pelbagai pihak berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak mahkamah dan Jabatan Penjara Malaysia tentang pelaksanaa­n sistem itu.

Katanya, meskipun negara mempunyai Daftar KanakKanak (DKK) sedia ada, namun ia mempunyai beberapa kelemahan termasuk kesukaran melengkapk­an maklumat pelaku yang disabitkan kesalahan terhadap kanak-kanak yang terdapat di agensi seperti PDRM dan mahkamah disebabkan ketiadaan penyelaras­an penyaluran maklumat.

Menurut Yeoh, maklumat sedia ada dalam DKK juga hanya terhad kepada jenis kesalahan terhadap kanakkanak di bawah Akta KanakKanak 2001 dan tidak meliputi jenis kesalahan jenayah daripada undang- undang seperti Kanun Keseksaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Dr Dzulkefly (belakang tiga kanan) bergambar bersama warga kementeria­n pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Ibu Pejabat Kementeria­n Kesihatan Malaysia (IPKKM) di kementeria­nnya di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama ALBUM: Dr Dzulkefly (belakang tiga kanan) bergambar bersama warga kementeria­n pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Ibu Pejabat Kementeria­n Kesihatan Malaysia (IPKKM) di kementeria­nnya di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia