Utusan Borneo (Sarawak)

AADK beri pendedahan awal masalah dadah kepada bakal guru: Mahadzir

-

JITRA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengambil inisiatif memberikan pendedahan awal kepada bakal guru tentang cara menangani masalah penyalahgu­naan dadah yang semakin membimbang­kan dalam kalangan pelajar sekolah.

Pengarah AADK Kedah, Mahadzir Elias berkata isu penyalahgu­naan dadah khususnya membabitka­n pelajar sekolah kini semakin meruncing dan melibatkan pelbagai peringkat umur termasuk seawal usia sembilan tahun.

“Guru merupakan barisan hadapan yang ada di sekolah untuk mendidik anak-anak kecil ini, sebab itu mereka perlu diberi pendedahan tentang gejala ini.

“Kita bimbang kalau mereka terlibat dengan dadah pada usia terlalu muda, susah untuk bantu (pulihkan) mereka sebab itu kita ingin cegah dan bendung menerusi sistem pendidikan di sekolah,” katanya selepas menutup Seminar Remaja dan Penyalahgu­naan Dadah di Institut Perguruan Darulaman di sini, semalam.

Katanya, ujian rambang terhadap 3,315 pelajar sekolah di seluruh Kedah bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu mendapati 184 daripada mereka positif dadah, namun jumlah itu menunjukka­n penurunan berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu lebih 300 pelajar.

“Kebanyakan pelajar yang terlibat berumur antara 13 hingga 16 tahun dan jenis dadah yang paling banyak diambil oleh pelajar ialah syabu kerana ia mudah didapati.

“Pihak AADK juga sedang melihat apakah punca yang boleh menyebabka­n mereka terlibat dengan dadah pada usia yang terlalu muda dan setakat ini salah satu faktor yang diketahui mungkin disebabkan kemiskinan,” katanya.

Mahadzir berkata pelbagai program dilaksanak­an antaranya ‘My Indah 19’ dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mengatasi masalah penyalahgu­naan dadah di kalangan pelajar sekolah di negeri ini.

Selain mengurangk­an jumlah kes penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pelajar, kita juga dapat mengesan pengedar dadah yang ada di sekolah, katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia