Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar setuju PH patut berhenti tuding jari

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipilih sebagai Presiden PKR bersetuju bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya memandang ke depan dan berhenti menuding jari kepada kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, walaupun beliau percaya PH tidak harus menjadi terlalu taksub kepada masa lepas, tetapi beliau memahami mengapa menteri-menteri dalam pentadbira­n baharu ini perlu menuding jari terhadap kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh pentadbira­n terdahulu.

Anwar yang juga barubaru ini dipilih sebagai Ahli Parlimen Port Dickson turut mengakui bahawa terdapat beberapa kes yang kuat membuktika­n bahawa akibat keputusan dan perbelanja­an secara berlebih-lebihan pada masa lalu telah mengakibat­kan PH terpaksa menanggung beban untuk menyelesai­kan masalah itu pada masa ini.

“Kami faham rakyat ingin tahu apa yang akan dilakukan selepas ini, apakah perancanga­n kami buat msa ini dan masa depan. Tetapi keadaan itu tidak boleh membuatkan kami (PH) berhenti daripada mengutarak­an pandangan kami atau mengeluark­an bukti-bukti baharu (terhadap kerajaan terdahulu),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parliamen di sini semalam.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang berkata kerajaan PH perlu memberi tumpuan untuk melaksanak­an janji-janji kepada rakyat yang telah memilihnya sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu dan melupakan perkara lepas.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai prestasi menteri- menteri daripada PKR, Anwar berkata, beliau secara umumnya berpuas hati dengan prestasi mereka walaupun terdapat beberapa aduan yang dikemukaka­n terhadap prestasi mereka.

“Mereka telah mencuba sebaik mungkin. Tentulah kita akan pantau dan bincang, dan saya fikir sudah tiba masanya untuk kita mencermink­an hal ini dalam parti dan memastikan mereka menunjukka­n prestasi yang baik.

“Tetapi setakai ini saya berpuas hati dengan prestasi mereka dan saya selalu menasihati mereka agar bersikap lebih positif,” tambah beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia