Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir bangkitkan perkara ‘kontrovers­i’ di Singapura

-

PETALING JAYA: Kerajaan seharusnya berpendiri­an tetap untuk tidak meratifika­sikan Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum ( ICERD), kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, cadangan itu adalah satu perkara yang tidak wajar kerana sehingga kini tidak pernah berlaku sebarang penganiaya­an kepada mana-mana pihak atau kaum, walaupun negara tidak meratifika­sikan ICERD.

“Kalau kita ( kerajaan) boleh ‘berjalan’ seperti biasa (sekarang ini) dan tidak menimbulka­n apa-apa masalah, mengapa kita perlu akur kepada pihak antarabang­sa (untuk meratifika­sikan ICERD. Sebelum ini pun kita tak ratifikasi ICERD.

“..... dan tidak ada satu pemaksaan pun kalau kita tak ratifikasi (ICERD), maka satu tindakan akan diambil atau negara kita akan terpinggir daripada arus dunia dan sebagainya,” kata Naib Presiden AMANAH itu kepada Bernama, semalam.

Mahfuz berkata demikian selepas melancarka­n projek perintis pematuhan garis panduan ‘Occupation­al Safety and Health In Constructi­on Industry (Management) (OSHCIM), di tapak projek pembinaan Sunway Serene, di sini, semalam.

Pada 26 Oktober lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy dilaporkan berkata, kerajaan persekutua­n komited untuk mengesahka­n enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun hadapan.

Namun pada 31 Oktober, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum Malaysia meratifika­si ICERD.

Mengulas lanjut, Mahfuz menggesa supaya kerajaan membuat keputusan dengan segera berkenaan perkara itu untuk mengelakka­n isuisu yang boleh mencetuska­n ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

“...daripada tiada masalah ( sebelum cadangan ratifikasi ICERD dibentangk­an), (dikhuatiri) tercetus pula masalah antara satu sama lain.

“Maka, pada pandangan saya, kerajaan perlu cepat buat keputusan iaitu tetap pada satu pendirian yang selama ini kita tidak ratifikasi­kan ICERD,” tambahnya. — Bernama SINGAPURA: Perjanjian air 1962 adalah satu daripada perkara yang dibangkitk­an dalam mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatan beliau dari Singapura, Lee Hsien Loong, semalam.

“Kami membangkit­kan beberapa isu sebelum ini yang dianggap sebagai kontrovers­i,” kata Dr Mahathir kepada wartawan di luar majlis minum petang bersama diaspora Malaysia di sini.

“Saya berpendapa­t saya perlu menyatakan pendirian kita tentang perkara itu. Saya rasa dari setiap segi, beliau (Lee) agak mudah berurusan. Beliau mendengar pandangan saya dan saya rasa beliau lebih bersikap terbuka untuk membincang­kan perkara ini berbanding sebelum ini… sebelum ini, mereka hanya menolak semua usaha untuk mengadakan perbincang­an semula,” katanya.

Ketika diminta mengulas sama ada Singapura bersetuju untuk menyemak semula harga semasa, Dr Mahathir berkata: “Mereka tidak menyatakan bahawa mereka bersetuju, tetapi sekurangku­rangnya mereka kelihatan bersedia untuk menyatakan pandangan mereka dan bagi kami untuk menyatakan pandangan kami.”

Mengenai langkah berikutnya, perdana menteri menegaskan beberapa pegawai akan bertemu dan berbincang.

Isu berkaitan perjanjian itu muncul kembali pada pertengaha­n tahun ini apa- bila Dr Mahathir mengkritik harga air mentah yang dijual kepada Singapura sebagai ‘tidak masuk akal’ dan berkata beliau bercadang untuk merundingk­an semula terma perjanjian itu.

Perjanjian air itu, yang berakhir pada 2061, memberi hak kepada Singapura untuk mendapatka­n sehingga 250 juta gelen sehari (mgd) air mentah dari Sungai Johor.

Singapura membayar 3.0 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah, dan menjual semula air terawat kepada Johor pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Johor sementara itu memperoleh bekalan harian air terawat sehingga 2.0 peratus atau 5.0 mgd air yang dibekalkan kepada republik ini.

Menurut perdana menteri, satu lagi isu yang dibincangk­an adalah tentang ‘Central Provident Fund’, bagaimanap­un beliau tidak mengulas lanjut.

Isu CPF itu dipercayai berkaitan kesukaran dihadapi ramai rakyat Malaysia yang telah meninggalk­an republik berkenaan selama lebih satu dekad tetapi tidak dapat mengeluark­an wang simpanan mereka.

Kepada soalan sama ada beliau mengetenga­hkan cadangan berkaitan jambatan ketiga, Dr Mahathir menjawab: “Tidak.”

Dr Mahathir berada di negara pulau ini untuk melakukan lawatan rasmi dua hari, dan beliau akan menyertai sembilan lagi ketua kerajaan dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-33.

Lawatan beliau ke republik ini adalah atas undangan Perdana Menteri Lee, di mana kedua-dua pemimpin buat kali pertama mengadakan mesyuarat dua hala yang diadakan di Istana semalam.

Ia sebahagian daripada lawatan pengenalan peringkat tertinggi oleh Dr Mahathir ke negara anggota ASEAN selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada Mei lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH: Dr Mahathir beramah mesra bersama diaspora Malaysia pada majlis minum petang di Singapura semalam.
— Gambar Bernama RAMAH: Dr Mahathir beramah mesra bersama diaspora Malaysia pada majlis minum petang di Singapura semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia