Utusan Borneo (Sarawak)

Solari dijangka akan diberikan ‘kontrak tetap’ selepas Real cipta kemenangan 4-2 di Celta Vigo pada aksi La Liga Ahad lepas

-

BARCELONA, Sepanyol: Barcelona tewas perlawanan di Nou Camp dalam La Liga buat kali pertama sejak lebih dari dua tahun apabila Real Betis mencipta kejutan dengan kemenangan 4-2, walaupun Lionel Messi menjaringk­an dua gol sekembalin­ya dari kecederaan Ahad lepas.

Kali terakhir Barca tewas di Nou Camp ialah kepada Alaves pada September 2016 tetapi selepas 42 perlawanan tanpa kalah, rekod mereka ditamatkan oleh serangan pantas dan permainan bijak Betis.

Tiga jam kemudian, Real Madrid mencipta kemenangan 4-2 di Celta Vigo, satu keputusan yang menjangkak­an jurulatih Santiago Solari akan diberikan ‘kontrak tetap’ untuk meneruskan tugasnya.

Real sekarang sudah mencipta empat kemenangan berturut-turut t-turut sejak Solari ari d i b e r i k a n tugas sem e n t a r a e k o r a n p e m e c a - tan Julen Lopetegui dan mera p a t k a n kedudukan di belakang Barca kepada kurang a e empat pat mata.

“Beliau menjalanka­n tugas dengan cemerlang,” kata pengarah kelab Real Madrid, Emilio Butragueno selepas perlawanan. “Kami gembira dengan situasi sekarang.”

Mengenai masa depannya, Solari berkata: “Kita akan lihat. Saya tidak biasa merancang terlalu jauh tetapi secara prinsipnya, esok saya berehat.”

Kekalahan Barca hadir walaupun Messi kembali dari kecederaan dan dua gol beliau, satu dari tendangan penalti dan satu lagi gol minit kecederaan, akhirnya

menjadi gol sa saguhati. “K a m i tida tidak merasakan B Betis adalah pasukan yang lebih bagus dalam padang,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde. “Saya tidak mahu menafikan pujian kepada lawan tetapi kami boleh menangani permainan mereka dengan lebih baik.”

Ia adalah kali pertama di mana Messi menjaringk­an dua gol dan Barcelona tewas tetapi mereka masih kekal di tangga teratas walaupun jika tiga kelab sekarang hanya kurang satu mata di belakang.

Atletico Madrid, lawan Barca di Wanda Metropolit­ano selepas rehat bola sepak antarabang­sa nanti, Sevilla dan Alaves, kurang satu mata di belakang.

Alaves menewaskan Huesca 2- 1 pada perlawanan awal sementara Sevilla juga menang 2-1 ke atas Espanyol menerusi gol kemenangan Wissam Ben Yedder pada minit ke-89.

“Di tangga teratas liga ini bagus, saya tidak nafikan,” kata Valverde. “Ia seharusnya membantu kami untuk menyedari bahawa ia tidak pernah mudah untuk menang.”

Kemenangan Betis membolehka­n mereka naik ke tangga ke- 12 liga dengan skuad kendalian Quique Setien itu mungkin mengembali­kan permainan menyerang menarik yang membolehka­n mereka menamatkan saingan musim lepas di tangga keenam tetapi secara amnya, mereka kekal salah satu lawan paling sukar untuk dihalang di Sepanyol.

“Kami merupakan pasukan yang berani dalam setiap cara,” kata pemain Betis, Joaqin. “Menang di Nou Camp memerlukan tumpuan sepenuhnya dan melakukan segala-galanya dengan sangat bagus. Kami beraksi dengan hebat sekali.”

Betis kelihatan lebih berbisa, bersemanga­t dan pantas sementara jentera tengah Barcelona sering kali terdedah.

Ia memerlukan lima hantaran untuk membuka jaringan dengan rembatan terakhir dari William Carvalho kepada Junior Firpo, yang melepasi kawalan Sergi Roberto sebelum merem- bat ke pintu gol.

Barca mempunyai peluang tetapi Betis menambah jaringan dengan Junior melepasi semua orang sebelum melorong bola kepada Giovani Lo Celso di sayap kiri dan umpanan beliau disempurna­kan oleh Joaquin untuk gol kedua.

Arturo Vidal menggantik­an Arthur Melo pada masa rehat dan pada minit ke- 68, Barca merapatkan kedudukan dengan Jordi Alba dijatuhkan Cristian Tello dalam kotak penalti, membolehka­n Messi menyempurn­akan gol liga kelapan beliau musim ini.

Tetapi kebangkita­n itu

 ?? — Gambar Reuters ?? LAKAR KEJUTAN: Canales (kiri) menjaringk­an gol keempat Betis pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Barca di Nou Camp, Barcelona Ahad lepas.
— Gambar Reuters LAKAR KEJUTAN: Canales (kiri) menjaringk­an gol keempat Betis pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Barca di Nou Camp, Barcelona Ahad lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? TUGAS CEMERLANG: Solari bakal ditawarkan kontrak tetap sebagai jurulatih Real Madrid selepas kemenangan 4-2 di Celta Vigo pada perlawanan La Liga Sepanyol Ahad lepas.
— Gambar Reuters TUGAS CEMERLANG: Solari bakal ditawarkan kontrak tetap sebagai jurulatih Real Madrid selepas kemenangan 4-2 di Celta Vigo pada perlawanan La Liga Sepanyol Ahad lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? AKSI HEBAT: Cavani (dua kiri) ceria selepas mencipta hatrik ketika membantu PSG menewaskan Monaco pada aksi Ligue 1 Perancis di Stade Louis II, Monaco pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters AKSI HEBAT: Cavani (dua kiri) ceria selepas mencipta hatrik ketika membantu PSG menewaskan Monaco pada aksi Ligue 1 Perancis di Stade Louis II, Monaco pada Ahad lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia