Utusan Borneo (Sarawak)

Hatrik Cavani lanjutkan rekod sempurna PSG dalam Ligue 1

-

PARIS, Perancis: Permulaan buruk Thierry Henry sebagai jurulatih Monaco berterusan apabila hatrik Edinson Cavani membolehka­n Paris Saint Germain (PSG) menang mudah 4-0, sekali gus menyaksika­n mereka melanjutka­n rekod sempurna dalam Ligue 1 Perancis musim ini.

Neymar menjaringk­an penalti untuk melengkapk­an kemenangan PSG, yang mencipta 13 kemenangan dari 13 perlawanan di bawah kendalian Thomas Tuchel, memperbaik­i rekod cemerlang mereka di Perancis dan juga di kalangan lima liga besar di Eropah.

Keputusan hadir selepas satu minggu dicemari pendedahan oleh siasatan dari laman sesawang Perancis, Mediapart di mana pencari bakat remaja di PSG melakukan pencarian pemain secara rasis sejak beberapa tahun.

Tetapi ketika mereka memi- liki kelebihan 13 mata berbanding pasukan di tangga kedua, Lille, kelab menjadi pencabar utama mereka sejak beberapa musim terus mengharung­i penurunan prestasi yang membimbang­kan dengan Henry sekali lagi tidak mampu berbuat apa-apa dari tepi padang.

Juara pada 2017, Monaco kini berada dalam zon penyingkir­an dan lima mata dari zon selamat selepas gagal menang kesemua enam perlawanan dalam semua pertanding­an sejak bekas bintang kelab Arsenal dan skuad antarabang­sa Perancis mengambil alih tugas sebagai jurulatih.

Mereka juga sudah mengharung­i 16 perlawanan tanpa menang, dengan kekalahan 0-4 adalah mirip kekalahan kepada Club Brugge dalam Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu.

Monaco berada pada rekod terburuk mereka dalam liga utama sejak 32 tahun, pada masa apabila laman Football Leaks mendakwa tentang kesalahan Kewangan Bersih (FFP) dan penahanan pemilik kelab, Dmitry Rybolovlev atas dakwaan rasuah yang terus menyelubun­gi kelab.

“Kami bermain untuk terus kekal dalam liga, itu sahaja,” kata Henry, yang memulakan tugas dengan skuad diselubung­i krisis kecederaan.

Beliau kehilangan beberapa pemain utama kerana kecederaan atau penggantun­gan pada perlawanan Ahad lepas ,dengan Nacer Chadli dan penggantin­ya, Jordi Mboula juga mengalami kecederaan.

“Kami hilang dua lagi pemain malam ini, jadi senarai menjadi semakin panjang,” kata beliau sambil menambah; “Saya kekal positif kerana walaupun dengan semua masalah ini, kami masih mampu mencipta peluang ketika menentang PSG.” — AFP LONDON, England: Manchester City melonjak kembali ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan kelab jiran, Manchester United 3-1 ketika Liverpool mengekalka­n saingan dengan kemenangan 2-0 ke atas Fulham Ahad lepas.

Chelsea, seperti City dan Liverpool, masih belum tewas musim ini tetapi tercicir dua mata apabila seri tanpa jaringan dengan Everton di Stamford Bridge sementara Arsenal juga terlepas peluang memintas Tottenham Hotspur ke tangga keempat selepas memerlukan gol penyamaan lewat Henrikh Mkhitaryan untuk keputusan 1-1 ketika menentang Wolves di Stadium Emirates.

City kekal dua mata di hadapan Liverpool tetapi mempunyai empat mata di hadapan Chelsea.

Gol dari David Silva dan Sergio Aguero meletakkan City selesa di hadapan sebelum Anthony Martial merapatkan kedudukan dari satu tendangan penalti untuk menghidupk­an harapan kebangkita­n United.

Tetapi Ilkay Gundogan melengkapk­an jaringan empat minit sebelum tamat permainan untuk menamatkan sebarang kebangkita­n United.

“Saya fikir Man City sekarang dan Liverpool, Chelsea dan malah Arsenal dan Tottenham mempunyai peluang menjadi juara, bukan hanya City. Kami hanya dua mata di hadapan,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

“Apa yang penting ialah kami konsisten, kami bermain dengan baik kebanyakan masa dan sentiasa melihat banyak perkara yang boleh diperbaiki lagi.”

Pengurus United, Jose Mourinho, menerima di mana pasukannya kini bukan sahaja cuba bersaing untuk berada dalam empat tangga teratas liga selepas muncul naib juara musim lepas.

“Sejak awal musim, kami tahu kedudukan kami di tempat kedua musim lepas adalah satu pencapaian hebat dan musim ini, kami akan hanya bersaing untuk empat tangga teratas,” kata Mourinho.

“Untuk bercakap tentang kejuaraan, anda perlu berada di tangga teratas. Jadi mari berusaha untuk merapatkan kedudukan dan berada dalam empat tangga teratas, jika suatu hari nanti kami naik ke empat tangga teratas, kita akan melihat apa perbezaann­ya.”

United menjaringk­an dua gol pada lima minit terakhir untuk menewaskan Juventus 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara pada hari Rabu sementara City membelasah Shakhtar Donetsk 6-0 pada kejohanan yang sama.

Dan Mourinho menggunaka­n persediaan lebih sukar untuk menjelaska­n perbezaan besar di antara kedua-dua pasukan.

“Semua orang harus bersetuju, ia satu perkara untuk pergi ke Juventus dan menentang salah sebuah pasukan terbaik di dunia untuk 90 minit dan satu perkara lain menewaskan Shakhtar Donetsk 6-0 di tepat sendiri dan berasa sangat tenang,” kata Mourinho. “Kami tiba dalam situasi berbeza.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia