Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia komited lahir ramai pemain remaja Bantu generasi muda mendapat peluang dalam sukan badminton mewakili negara, kata Wan Azizah

-

KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk melahirkan lebih ramai pemain badminton remaja di Asia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan menggalakk­an dan memuji usaha oleh sektor swasta dan pertubuhan bebas untuk membantu agar komitmen ini menjadi satu kenyataan.

Dr Wan Azizah, yang juga penaung Persatuan Badmonton Malaysia (BAM) berkata, peranan para pemimpin dari kerajaan dan sektor swasta adalah bagi membolehka­n generasi remaja mendapat peluang dalam sukan ini mewakili negara dalam gelanggang global.

“Menerusi asuhan dan latihan yang konsisten, bakat remaja akan mampu memenuhi permintaan pertanding­an peringkat tempatan dan antarabang­sa.

“Lagi awal kita latih mereka untuk mengambil bahagian di peringkat global, lagi besar peluang untuk mereka berjaya dengan kemahiran yang lebih maju dan pengalaman yang lebih di pihak mereka,” katanya semasa melancarka­n Kejohanan Serantau Pasukan Campuran Remaja Bawah 15 (U-15) Astro di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam.

Dr Wan Azizah menambah kata, sektor swasta di Malaysia pada umumnya menyumbang

Menerusi asuhan dan latihan yang konsisten, bakat remaja akan mampu memenuhi permintaan pertanding­an peringkat tempatan dan antarabang­sa. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

kepada penajaan kepada atlit profesiona­l, mengasah atlit berkenaan, menerusi platform penting seperti Kejohanan Remaja Astro (AJC) Serantau hari ini.

Beliau berkata, AJC Serantau juga menyediaka­n peluang untuk menemui dan menjalinka­n persahabat­an dengan rakan- rakan dari sembilan negara seluruh Asia sepanjang tiga hari ini, bagi membina persahabat­an dan mencatatka­n sejarah dalam kejohanan badminton pasukan campuran U-15 yang pertama di Asia.

AJC Serantau menyaksika­n penyertaan seramai 160 pemain dari 14 pasukan dari China, Taiwan, Jepun, Vietnam, Indonesia dan Malaysia.

“Hari ini, saya menyatakan strategi perkongsia­n antara Astro dan BAM dengan pelancaran Kejohanan Pasukan Campuran Remaja Astro U-15 yang menyediaka­n tambahan bagi latihan dan pengalaman bermain dalam pertanding­an kepada pasukan campuran.

Sementara itu, beliau berkata, kejohanan berkenaan juga penting dengan memasukkan pemain remaja perempuan dalam sukan ini agar mereka turut memperoleh pengalaman yang sama dalam bidang ini.

Dr Wan Azizah menambah bahawa wanita Malaysia men- unjukkan kehandalan mereka dalam sukan ini seperti Chow Mei Kuan-Vivian Hoo, yang memenangi emas pada Sukan Komanwel tahun ini.

“Sudah tentu pasangan beregu campuran Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia yang baharu-baharu ini melayakkan diri ke peringkat akhir Kejohanan Dunia BWF di Guangzhou dari 12-16 Disember depan.

“Pasangan ini juga mencatat sejarah sebagai pasangan beregu campuran Malaysia yang pertama menang perak di Olimpik Rio,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: Dr Wan Azizah bergambar bersama sebahagian peserta ketika menghadiri Program Tanggungja­wab Sosial Korporat Astro Junior Championsh­ips U15 (Peringkat Serantau) di Stadium Juara, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: Dr Wan Azizah bergambar bersama sebahagian peserta ketika menghadiri Program Tanggungja­wab Sosial Korporat Astro Junior Championsh­ips U15 (Peringkat Serantau) di Stadium Juara, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia