Utusan Borneo (Sarawak)

Nishikori kejutkan Federer pada perlawanan pembukaan Final ATP di London

-

LONDON, England: Roger Federer mengalami kejutan awal apabila tewas kepada Kei Nishikori pada kejohanan akhir musim, Final ATP di sini Ahad lepas, sekali gus menjejaska­n peluang beliau memburu kejuaraan ke100 sepanjang kariernya.

Jaguh dari Switzerlan­d itu, yang sudah memenangi kejohanan akhir musim dengan rekod enam kali, mempamerka­n aksi penuh kesilapan dan hambar untuk tewas kepada pemain pilihan ketujuh dari Jepun 7-6(7/4) dan 6-3.

Keputusan itu bermakna Federer sekarang dalam bahaya gagal layak ke separuh akhir buat kali kedua dari 16 penampilan pada kejohanan ini.

“Saya merasakan kami bergelut mencari rentak, terutama sekali set pertama,” kata beliau. “Anda dapat memberitah­u ia biasa berlaku di pusingan pertama. Saya mempunyai peluang lebih banyak berbanding beliau.

“Tetapi kemudian saya mula bermain lebih baik pada set kedua namun saya fikir beliau juga berjaya meningkatk­an permainann­ya.”

Federer, 37, menewaskan Nishikori di Shanghai dan Paris dalam beberapa minggu yang lalu tetapi walaupun mendapat sokongan padu penonton di O2 Arena di sini, beliau tetap gagal menemui rentak permainan.

Pemain yang kebiasaann­ya tenang dalam gelanggang itu, juga diberi amaran oleh umpire perlawanan kerana cuba membuang bola pada permainan ke-12 selepas Nishikori mengutip mata.

Beliau juga melakukan 20 kesilapan mudah pada set pertama, membolehka­n Nishikori mengambil sepenuh peluang untuk mendahului 6/1 pada permainan tiebreak sebelum menang 7/6 untuk memenangi set pertama.

Federer, yang jelas kelihatan terdesak, meningkatk­an permainan pada set kedua dan berjaya mendahului awal tetapi konsistens­i beliau sekali lagi mengecewak­an membolehka­n Nishikori mula mengawal permainan. — AFP

 ??  ?? JUARA: Anthony (kiri) dan Zaini meraikan kemenangan meraih pingat emas pada 25th World Chinese Badminton Championsh­ip 2018 di Chengdu, China.
JUARA: Anthony (kiri) dan Zaini meraikan kemenangan meraih pingat emas pada 25th World Chinese Badminton Championsh­ip 2018 di Chengdu, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia