Utusan Borneo (Sarawak)

Badminton: Zaini lakar sejarah rangkul kejuaraan di China

-

LIMBANG: Pemain veteran dari Limbang, Zaini Garip melakar sejarah apabila menjuarai kategori perseorang­an dan beregu berumur 65 ke 69 tahun pada 25th World Chinese Badminton Championsh­ip 2018 di China pada 1 hingga 4 November lalu.

Dalam perlawanan perseorang­an peringkat akhir, beliau menewaskan seorang pemain yang juga merupakan jurulatih profesiona­l dari Chengdu, China dengan 31/15.

Sejurus itu, Zaini berganding­an dengan Datuk Anthony Linggian dari Kota Kinabalu Sabah sekali lagi berjaya menewaskan pasangan yang juga dari Chengdu dengan 31/30.

Pertanding­an itu melibatkan kira kira 4,600 peserta dari 17 negara.

Seramai 43 peserta perseorang­an dan 61 peserta beregu yang bersaing dalam kategori itu kebanyakan­nya dari pelbagai kawasan di China selain Malaysia, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, New Zealand dan USA.

Sebelum ini, Zaini melakar sejarah tersendiri sekali gus mengharumk­an nama Malaysia menjuarai Kejohanan Badminton Asia Pacific Masters Games (APMG) Penang 2018 September lalu.

Zaini juga pernah menjuarai kategori perseorang­an MBA Internatio­nal Badminton Championsh­ip, Kuala Lumpur pada Mei 2010 untuk kategori umur 55 hingga 59 tahun.

Beliau juga merangkul gelaran juara perseorang­an dan beregu kategori umur 60 hingga 64 tahun pada Kejohanan ‘The Battle below the Wind, World Badminton Invitation’ di Kota Kinabalu pada 2015.

Pada Kejohanan ‘ 47th World Badminton Morning Cup’ di Taipei, Taiwan pada April 2018, Zaini mengulangi kejayaan selepas berjaya merangkul juara perseorang­an dan beregu bagi kategori umur 65-69 tahun.

 ??  ?? JUARA: Othman (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pasukan juara, pasukan Bro Otai Miri.
JUARA: Othman (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pasukan juara, pasukan Bro Otai Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia