Utusan Borneo (Sarawak)

Sessang Tigris A julang Piala YB Gerald Rentap

-

BETONG: Sessang Tigris A menjuarai kejohanan Futsal Piala YB Gerald Rentap Jabu setelah membenam MHH Betong pada aksi final di Dewan Futsal RTC Betong di sini kelmarin.

Sebelum mengesahka­n kejuaraan, Sessang Tigris A terpaksa berhempas- pulas mengatasi lawan apabila kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti setelah tempoh permainan tamat berkesudah­an dengan 2-2.

Kemenangan itu membuktika­n Sessang Tigris A selaku pesaing hebat pada kejohanan tersebut walaupun menewaskan lawan pada final dengan sepakan penalti 2-1.

Kedudukan ketiga bersama dirangkul pasukan Kebat dari Spaoh dan ELITE dari Kampung Sebemban.

Dengan kemenangan tersebut, juara menerima hadiah wang tunai RM700 bers- erta trofi pusingan, piala dan medal manakala naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM500 serta medal.

Kedudukan ketiga bersama masing- masing menerima hadiah wang tunai RM300 berserta medal.

Anugerah Penjaring Terbanyak diberikan kepada pemain Sessang Tigris A, Henday Jef Steward menjaringk­an lapan gol mana- kala anugerah Penjaga Gol Terbaik dinobatkan kepada Nelson Umpor John Manggai juga dari pasukan Sessang Tigris A.

Kejohanan dianjurkan oleh SABERKAS Layar menerima penyertaan sebanyak 32 pasukan dan dijalankan dua hari.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Residen Bahagian Betong, Friday Belik.

 ??  ?? KAMI JUARA: Skuad Sesang Tigris A bersama Friday selepas majlis penyampaia­n hadiah.
KAMI JUARA: Skuad Sesang Tigris A bersama Friday selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia