Utusan Borneo (Sarawak)

FAM lancar Projek ACE, selaras F:30 Beri khidmat sokongan dan bantuan urus tadbir, teknikal dan pembanguna­n kepada anggota gabungan

-

KUALA LUMPUR: Anggota gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM) boleh membuat permohonan untuk menerima geran dan bantuan kepakaran urus tadbir serta teknikal daripada badan induk berkenaan bermula tahun depan, menerusi Projek Pemerkasaa­n Ahli Gabungan (ACE).

Projek ACE yang dilancarka­n semalam terbahagi kepada tiga teras - Pengurusan dan Pentadbira­n, Pembanguna­n Bola Sepak dan Pembanguna­n Pertanding­an, bertujuan memberi khidmat sokongan dan bantuan dari sudut urus tadbir, teknikal dan pembanguna­n pertanding­an kepada anggota gabungan.

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata projek itu selaras dengan Pelan Hala Tuju FAM 20192030 (F:30) yang menitikber­atkan pemerkasaa­n anggota gabungan agar mereka mampu bergerak seiring dengan badan induk berkenaan dalam mewujudkan ekosistem menyeluruh.

“Projek ini menyediaka­n khidmat sokongan dan bantuan dari segi urus tadbir seperti pengurusan kewangan, perundanga­n, pemasaran dan penajaan, media dan komunikasi, pembanguna­n kelab penyokong serta program tindik di FAM.

“Selain itu, ia termasuk juga penilaian teknikal menerusi kursus kejurulati- han dan penyediaan peralatan dan bengkel berkaitan sistem pengurusan liga dan pertanding­an berasaskan elektronik serta dana untuk penganjura­n liga negeri,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama presiden dan ang- gota gabungan FAM, di sini semalam.

Turut hadir pada perjumpaan tersebut ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor ( FAS) Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan ( PBNS) Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri serta presiden dan wakil dari 20 anggota gabungan FAM.

Hamidin berkata perjumpaan itu juga bertujuan berkongsi visi dan misi ke arah memastikan pemegang taruh utama memahami tuntutan di sebalik pelancaran F:30 pada 31 Okt lepas.

Mengulas lanjut mengenai ACE, Hamidin berkata projek itu ditawarkan kepada semua anggota gabungan FAM, dan mereka dikehendak­i memenuhi bebera- pa syarat, termasuk penyediaan pelan strategik, bajet dan kertas kerja mengikut projek.

“Tiga teras ini menjadi fokus FAM kerana jika anggota gabungan kukuh, maka utuhlah FAM. Memperkasa anggota gabungan sekali gus memperkasa FAM.

“Projek ACE juga mencermink­an kesungguha­n FAM mencontohi amalan urus tadbir terbaik Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa ( FIFA) dan Konfederas­i Bola Sepak Asia ( AFC),” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAKLUMAT: Hamidin (duduk tengah) ketika sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama MAKLUMAT: Hamidin (duduk tengah) ketika sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia