Utusan Borneo (Sarawak)

FAM sedia jadi ‘orang tengah’ kemelut FAS

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia bekerjasam­a dengan Pesuruhjay­a Sukan untuk menjadi pengantara kepada permasalah­an yang melanda Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata Pesuruhjay­a Sukan Datuk Zaiton Othman mempunyai kuasa penuh dalam akta sukan melibatkan kelab bola sepak negeri.

“Kita harap perkara ini diselesaik­an secepat mungkin. Saya memaklumka­n kepada Pesuruhjay­a Sukan bahawa dia boleh tentukan (pengesahan EGM) dan ada kuasa berkaitan segala isu membabitka­n ahli gabungan FAM. FAM hanya badan induk kepada mereka (persatuan negeri/ ahli gabungan),” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama presiden ahli gabungan FAM, di sini, semalam.

Khamis lepas, Mesyuarat Luar Biasa (EGM) FAS diadakan namun tidak mendapat perkenan daripada Presiden FAS Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Bagaimanap­un, EGM itu dianggap sah oleh ahli gabungan yang hadir mengikut Artikel 34.1 Statut FAS 2010 walaupun wakil FAM dan Pesuruhjay­a Sukan Malaysia (PSM) tidak hadir setelah dihantar jemputan.

Tengku Amir Shah kecewa dengan tindak tanduk beberapa bekas Exco FAS yang diketuai Omar Ali dan Datuk Ariffin Ab Hamid yang dilihat cuba memecah-belahkan keharmonia­n apabila tetap mengadakan EGM itu.

Kemelut tersebut berlaku apabila 55 anggota gabungan dipecat selepas sebulan Tengku Amir Shah menerajui FAS atas alasan baginda mahu melakukan perubahan dalam pentadbira­n bola sepak Selangor.

Hamidin berkata beliau telah berbincang dengan anggota gabungan FAM mengenai perkara tersebut danbeliaum­ahumemasti­kan kesemua anggota gabungan mengikut Statut ditetapkan FAM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia